• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UTM Tubuh Stesen Sementara Pantau Kualiti Udara

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menubuhkan stesen sementara pemantauan kualiti udara bertujuan untuk membantu warga kampus mengetahui keadaan sebenar jerebu.

Pengarah Kampus Pelestarian UTM, Prof Madya Ir Dr Mohd Fadhil Md Din berkata satu pasukan bertindak jerebu turut dibentuk di peringkat universiti diketuai oleh Pemangku Naib Canselor, Prof Dr Azlan Abd Rahman.

Beliau berkata tujuan penubuhan stesen berkenaan memandangkan stesen terdekat iaitu Larkin Lama terletak kira-kira 13 kilometer dari universiti.

“Stesen ini yang menggunakan dua alat pemantauan udara akan merujuk silang bacaan dari Stesen Larkin Lama yang dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar dan Stesen Singapura Utara,” katanya kepada pemberita selepas melakukan demonstrasi penggunaan alat pemantauan udara di padang utama, UTM, Skudai dekat sini, hari ini.

Mohd Fadhil berkata, stesen yang mula beroperasi semalam, menggunakan dua alat iaitu alat pengukur kewujudan zarah dalam udara dan alat pengukur elemen dalam gas.

Beliau berkata, data dikumpul setiap sejam dan kemudiannya rumusan akan dihantar kepada pasukan bertindak jerebu, yang akan menyelaras hebahan dan mekanisme respons tindakan.

“Hasil pemantauan ini akan dikumpul dan dikemukakan kepada kerajaan sebagai cadangan untuk menambah baik pemantauan udara negara pada masa depan,” kata Mohd Fadhil. – BERNAMA

Tags: JerebuUTM
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

07/09/2026
0

JEREBU datang lagi langit bertukar kelabu, kualiti udara merosot, aktiviti luar dihentikan dan rakyat dinasihati memakai pelitup muka. Kali ini...

Zahid Nasihat Orang Ramai Jaga Kesihatan, Jerebu Dijangka Berterusan

Zahid Nasihat Orang Ramai Jaga Kesihatan, Jerebu Dijangka Berterusan

26/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyeru orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan mengambil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd