• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiupan Angin Dari Timur Dijangka Kurangkan Jerebu

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Keadaan jerebu rentas sempadan dari Sumatera dan Kalimantan, Indonesia yang dialami Malaysia sekarang dijangka berkurangan apabila negara diramal menerima tiupan angin dari arah Timur mulai awal Oktober ini.

Menurut Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar hari ini, keadaan itu akan menyebabkan kebanyakan kawasan di Pantai Barat Semenanjung dan bahagian Barat Sarawak menerima hujan pada waktu petang dan senja.

“Keadaan ini diharap dapat mengurangkan keadaan jerebu yang dialami sekarang,” kata kementerian dalam kenyataan di sini.

Berdasarkan laporan Pusat Meteorologi Khas Asean (ASMC) yang berpangkalan di Singapura, sebanyak 99 titik panas dikesan di Indonesia pada Selasa dengan masing-masing 50 di Kalimantan dan 49 lagi di Sumatera.

Tiada titik panas dikesan di Malaysia.

Dalam perkembangan berkaitan, siasatan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) mendapati sehingga 27 September lepas, sebanyak 3,427 kes pembakaran terbuka dikesan di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, sebanyak 597 melibatkan kawasan hutan, kawasan pertanian (1,197), kawasan industri (19), kawasan pembinaan (67), tapak pelupusan sampah (94), kawasan belukar (689) dan lain-lain pembakaran terbuka kecil (764).

Bagi tempoh sama, sebanyak 216 kes pembakaran terbuka telah dikenakan tindakan kompaun, 15 kes dikeluarkan Notis Arahan, 41 kes dikeluarkan Surat Arahan manakala 23 kes lagi disediakan kertas siasatan untuk tindakan mahkamah. – BERNAMA

Tags: Jerebu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

07/09/2026
0

JEREBU datang lagi langit bertukar kelabu, kualiti udara merosot, aktiviti luar dihentikan dan rakyat dinasihati memakai pelitup muka. Kali ini...

Zahid Nasihat Orang Ramai Jaga Kesihatan, Jerebu Dijangka Berterusan

Zahid Nasihat Orang Ramai Jaga Kesihatan, Jerebu Dijangka Berterusan

26/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyeru orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan mengambil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd