• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tidak Benar Malaysia Bakal Bankrap

oleh Ahmad Albab
08/09/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Dakwaan bahawa Malaysia akan menjadi bankrap berikutan kejatuhan nilai ringgit dan penurunan harga minyak adalah tidak benar, kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Beliau berkata, ekonomi negara ketika ini masih berkembang kukuh pada kadar melebihi lima peratus dengan pelbagai pembaharuan akan dibuat bagi memastikan kerajaan terus berbelanja secara berhemah.

Katanya, selain Malaysia, banyak negara yang bergantung kepada ekonomi berasaskan komoditi seperti Australia, Rusia dan Brazil mengalami kejatuhan nilai mata wang yang lebih teruk berikutan penurunan harga minyak dunia dan pengukuhan dolar Amerika.

“Sekarang ekonomi kita masih berkembang dan lebih kukuh berbanding krisis kewangan 1997/1998 di mana perkembangan ekonomi kita ketika itu adalah negatif.

“Namun ketika ini kita masih lagi boleh membayar gaji kakitangan awam. Kalau kita nak bankrap, kita tak mampu bayar (gaji),” katanya ketika menyampaikan ucaptama sempena rakaman program bual bicara khas TV Alhijrah bertajuk ‘Tea Time With Managing Director of Shell Malaysia, Azman Ismail’ di sini hari ini.

Mohd Irwan berkata penubuhan Jawatankuasa Khas Ekonomi (JKE) yang dipengerusikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar merupakan sebahagian daripada langkah kerajaan bagi mengatasi krisis ekonomi negara.

Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan langkah yang perlu dilakukan berdasarkan cadangan daripada jawatankuasa itu tidak lama lagi selain pengumuman Bajet 2016 pada 23 Okt depan.

“Inilah antara perancangan kerajaan. Bukan semuanya cantik, setiap negara ada kekurangan tetapi kita cuba perbanyakkan perkara yang baik supaya ekonomi negara kekal kukuh,” jelasnya. – BERNAMA

https://youtu.be/-YBBe80mTrk

Tags: Bankrap
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jovian Mandagie Diisytihar Bankrap, Gagal Bayar Pinjaman Persahabatan RM5.28 Juta

Jovian Mandagie Diisytihar Bankrap, Gagal Bayar Pinjaman Persahabatan RM5.28 Juta

03/07/2025
0

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi (Bahagian Insolvensi) di sini pada Khamis mengisytiharkan pereka fesyen, Datuk Jovian Mandagie sebagai muflis kerana...

Tupperware Diisytihar Bankrap

Tupperware Diisytihar Bankrap

23/10/2024
0

NEW YORK: Tupperware Brands (Tupperware) syarikat pembuat bekas plastik dan produk dapur popular yang diisytiharkan bankrap semalam, bersetuju untuk menjual...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd