Sunday, July 21, 2024

Creating liberating content

Penipuan Pemilihan Semula DAP...

KUALA LUMPUR - Seorang ahli DAP mengejutkan ramai pihak apabila mengemukakan surat aduan...

Ibu Dua Anak Tipu...

KUALA LUMPUR - Seorang ibu dua anak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret...

Kronologi Isu Penggunaan Kalimah...

Kronologi kes Gereja Roman Katolik guna kalimah 'Allah'Berikut adalah kronologi kes Gereja Roman...

Pengamal Media Sertai Sambutan...

KUALA LUMPUR - Kira-kira seribu pengamal media dari seluruh tanah air serta beberapa...

Tiada Pertalian Darah, Dua Wanita Miliki Rupa Paras Yang Sama

DUA orang wanita yang tiada hubungan kekeluargaan mahupun pertalian darah ini memiliki wajah yang seiras seperti pasangan kembar.

Jelas mereka bukan adik-beradik kembar kerana perbezaan umur mereka yang sangat ketara.

Ambra, 23, berasal dari North Carolina manakala Jennifer, 33, berasal dari Texas, Amerika Syarikat. Kedua-dua wanita itu ditemui menerusi satu website dikenali sebagai Twin Stranger.

Mereke kemudiannya ditemukan di satu tempat dan menjalani sesi bergambar bersama-sama bagi membuktikan mereka berdua memiliki wajah yang sama seperti adik-beradik kembar.

wm2

“Apabila saya bertemu dengannya, saya terkesima kerana dia benar-benar memiliki wajah yang sama seperti saya,” kata Ambra.


“Saya sangat terkejut apabila melihat wajah kami selepas bersolek untuk sesi penggambaran itu, ia juga agak menakutkan kerana ia seperti melihat hantu anda sendiri,” kata Jennifer.

Ibu Jennifer juga terkejut dengan keajaiban itu.
Ibu Jennifer juga terkejut dengan keajaiban itu.

Ibu kepada Jennifer yang menyaksikan keajaiban tersebut juga sangat terkejut melihat Ambra memiliki wajah yang sama dengan anaknya.

Sebelum ini, laman web Twin Strangers juga berjaya menemui pasangan pelanduk dua serupa di Dublin iaitu Niamh Geaney seorang penyampai televisyen dan Karen Branigan yang tinggal tidak jauh darinya.

– Agensi/MYNEWSHUB.CC

2796130E00000578-3039487-image-a-2_1429089646240
Niamh dan Karen merupakan pasangan pertama yang berjaya ditemui di laman web Twin Strangers.

Oleh: Pitt

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori