• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TH Teruskan Usaha Cari Dua Jemaah Yang Masih Hilang

oleh Ahmad Albab
21/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MAKKAH – Tabung Haji (TH) tidak melaksanakan badal haji untuk dua jemaah Malaysia yang hilang dalam kejadian kren tumbang di Masjidil Haram pada 11 Sept lepas kerana proses mencari mereka masih dijalankan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata usaha mencari dua jemaah lelaki itu dilakukan meliputi pelbagai sudut termasuk mencari mereka di sekitar Makkah selain memadankan sampel deoxyribonucleic acid (DNA) waris masing-masing dengan mayat-mayat yang ditempatkan di rumah mayat Muaissem di Mina.

“Status mereka belum disahkan. Apa pun kita mengharapkan yang terbaik… segala kemungkinan boleh berlaku,” katanya kepada pemberita selepas perjumpaan bersama jemaah Malaysia di bangunan penginapan Land Premium di sini, Ahad.

Jemaah yang hilang ialah Shahidan Saad, 52, dari Kodiang, Kedah dan Abdul Habib Lahman, 68, berasal dari Sik, Kedah.

Waris Shahidan iaitu abangnya Sobri dan adiknya Zulhakim serta Mohamad Fazil iaitu anak lelaki Abdul Habib tiba di sini pada Jumaat untuk melakukan ujian DNA itu dan keputusannya akan diketahui dalam tempoh dua hingga tiga minggu lagi.

Pengarah Operasi (Bimbingan) Tabung Haji Tengku Abdul Aziz Raja Abdullah pula berkata badal haji yang dilaksanakan TH adalah mengikut syarat-syarat tertentu.

“Untuk musim haji 1436H ini, TH akan melaksanakan lapan badal haji untuk jemaah Malaysia yang meninggal dunia termasuk lima yang disahkan terkorban dalam tragedi kren tumbang itu.

“Setakat ini, sembilan jemaah telah meninggal dunia di sini tetapi TH hanya lakukan lapan badal haji kerana seorang daripada mereka telah pun menunaikan ibadat haji sebelum ini,” jelasnya.

Beliau berkata badal haji itu dilakukan untuk jemaah yang meninggal dunia sebelum 12 malam pada 6 Zulhijjah (20 Sept) dan ia adalah untuk jemaah yang belum mengerjakan haji sebelum ini selain perlu mendapat persetujuan waris atau anggotanya keluarganya sebelum melaksanakannya.

Perkhidmatan badal haji TH adalah untuk pihak mereka yang sakit berpanjangan tanpa peluang sembuh atau telah meninggal dunia sebelum menunaikan haji.

– BERNAMA

Tags: jemaah hajiTabung Haji
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penerbangan Bawa 278 Jemaah Haji Malaysia Mendarat Di Oman Ekoran Isu Teknikal

Penerbangan Bawa 278 Jemaah Haji Malaysia Mendarat Di Oman Ekoran Isu Teknikal

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan penerbangan KT051 (MH8110) kendalian Malaysia Airlines (MAS) yang membawa jemaah haji Malaysia...

182 Bakal Jemaah Terpedaya Dapat Surat Tawaran Haji Palsu

182 Bakal Jemaah Terpedaya Dapat Surat Tawaran Haji Palsu

06/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 182 bakal jemaah haji yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang semalam dan kelmarin,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd