• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saman Fitnah Tony Pua Terhadap NSTP Selesai

oleh Ahmad Albab
18/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Saman fitnah yang difailkan Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua Kiam Wee terhadap The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP), berhubung artikel yang disiarkan akhbar New Straits Times, diselesaikan pada Jumaat.

Perkara itu dapat dimuktamadkan selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikan saman itu.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Yeoh Wee Siam kemudian merekodkan penyelesaian itu.

Peguam Guok Ngek Seong mewakili Pua, manakala Claudia Cheah mewakili NSTP.

Pua memfailkan saman itu pada Disember tahun lepas, mendakwa artikel itu yang bertajuk ‘Ex-DAP Man Raps Pua Over 1MDB Claims’, bertarikh 15 Nov 2014, mengandungi kenyataan fitnah, yang dalam maksud semula jadi dan biasa bermakna beliau adalah seorang ahli politik yang tidak bermoral, tidak tahu malu dan ahli perniagaan yang tidak berkemampuan.

Beliau menuntut ganti rugi am dan ganti rugi teruk, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. – BERNAMA

Tags: NSTPTony Pua
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Guan Eng, Tony Pua Dakwa Tiada Keperluan Bina Stesen Bersaiz MRT bagi Projek LRT

Guan Eng, Tony Pua Dakwa Tiada Keperluan Bina Stesen Bersaiz MRT bagi Projek LRT

02/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Rasionalisasi yang dilaksanakan terhadap projek LRT3 semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH) antara tahun 2018 hingga 2020 mendapati...

Dakwa Kos LRT3 Terpaksa Dikurangkan Kerana Negara Banyak Hutang ‘Tersembunyi’, 1MDB

Dakwa Kos LRT3 Terpaksa Dikurangkan Kerana Negara Banyak Hutang ‘Tersembunyi’, 1MDB

02/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan bekas penasihatnya, Tony Pua mendakwa projek LRT3 tidak pernah dihentikan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd