Saturday, May 11, 2024

Creating liberating content

Guan Eng Tetap Pendirian,...

MENTERI Kewangan, Lim Guan Eng membidas teguran Anwar dengan menyatakan dirinya bukanlah Perdana...

Minat Berlakon, Khai Bahar...

MULA menapak nama dalam industri seni suara sejak kira-kira dua tahun lalu, Khai...

Norazlan Tiba Di Ibu...

KUALA LUMPUR: Pemandu teksi, Norazlan Ismail selamat tiba ke ibu negara malam semalam...

Kira-Kira RM200,00 Lesap, 2...

KUALA LUMPUR - Sekumpulan penjenayah melarikan wang tunai kira-kira RM200,000 selepas memecah dua...

Perlis Disahkan Bebas Ancaman Penyakit Anjing Gila

KANGAR – Perlis disahkan bebas ancaman penyakit anjing gila walaupun dilaporkan 17 orang telah digigit anjing dari 26 Julai sehingga semalam.

Pengarah Kesihatan Perlis Dr Zaini Hussin berkata, kesemua mangsa yang berumur antara tiga hingga 60 tahun diberi rawatan segera dan disahkan bebas jangkitan penyakit anjing gila.

Bercakap kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini, beliau menjelaskan, kebanyakan mangsa digigit anjing liar dan beberapa kes digigit anjing peliharaan.

Katanya, Jabatan Veterinar yang memeriksa anjing-anjing yang menggigit mangsa mereka mendapati ada antara binatang itu pembawa penyakit anjing gila.

“Semua mangsa dipantau berterusan selain disuntik dengan vaksin pencegahan penyakit anjing gila,” katanya.

Menurutnya kawasan yang dilaporkan kerap berlaku serangan anjing ialah Kaki Bukit, Lubuk Sireh dan Kubang Tiga dalam Parlimen Padang Besar yang mempunyai ramai penduduk keturunan Cina dan Siam yang memelihara anjing.


Menurut Dr Zaini, penyakit anjing gila kali terakhir berlaku di Perlis pada 1997 dan diisytiharkan bebas sepenuhnya 2013.

Katanya Hatyai dan Songkhla di selatan Thailand dilaporkan masih terdedah kepada ancaman penyakit anjing gila yang berkemungkinan menjadi punca penularan penyakit itu di Perlis.

Menurut beliau pihak berkuasa di Perlis membuat pemantuan dan sekatan jalan raya bagi mencegah kemasukan anjing dari negara jiran itu bagi memastikan penyakit anjing gila tidak merebak ke negeri ini.

Dr Zaini berkata mereka yang terkena gigitan anjing gila berhadapan risiko menjadi gila apabila kuman yang menjangkiti mereka merebak ke bahagian otak.

Beliau menasihatkan orang ramai yang digigit anjing supaya mendapatkan rawatan segera di klinik kerajaan atau swasta serta membuat laporan kepada Jabatan Veterinar untuk tindakan lanjut terhadap anjing terbabit. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori