Sunday, June 16, 2024

Creating liberating content

Gantung Sementara Visa Umrah,...

KUALA LUMPUR - Kira-kira 15,000 hingga 20,000 jemaah Malaysia yang bakal berangkat ke...

Apa Motif Ada Pihak...

BIAR BETUL?... Awal minggu ini, industri penerbangan tempatan gempar apabila tiga operator udara...

Hari Natal: Diskaun Tol...

KUALA LUMPUR - Pemegang konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur...

Video: Manusia Kalau Hati...

KELANTAN - Misteri bunga yang ditanam sering rosak sejak lima tahun lalu akhirnya...

Pendapatan Nelayan Kedah Terjejas 20 Peratus Akibat Jerebu

ALOR SETAR – Walaupun keadaan berjerebu yang melanda negeri Kedah berada di tahap sederhana, ia sedikit sebanyak turut menjejaskan aktiviti nelayan.

Pengerusi Persatuan Nelayan negeri Kedah (NEKAD) Ahmad Rudin Hussin berkata, keadaan jerebu yang berlaku ketika ini menyebabkan pendapatan nelayan agak terjejas sehingga 20 peratus.

Menurutnya, ini disebabkan jarak penglihatan nelayan yang agak terhad, sehingga nelayan sedikit sukar melakukan aktiviti penangkapan ikan.

“Biasalah kalau jerebu ini kita tak berapa nampak jadi ada juga nelayan tak berani turun ke laut, kalau turun pun biasa tak pergi jauh,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Setakat pukul 11 pagi tadi, portal Jabatan Alam Sekitar melaporkan Alor Setar dan Sungai Petani masing-masing mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara 70 dan 97 iaitu tahap sederhana.

Bagaimanapun menurutnya, impak jerebu buat masa ini adalah terkawal memandangkan setiap bot telah diwajibkan oleh Jabatan Perikanan untuk memasang lampu isyarat di bot masing-masing bagi memudahkan penglihatan bot-bot lain.


Beliau turut berharap agar setiap nelayan memakai penutup mulut dan hidung bagi memastikan tahap kesihatan nelayan sentiasa terjaga, selain mengikuti maklumat dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan dan Jabatan Meteorologi Malaysia.

Sementara itu, Pengurus Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH), Alor Setar, Puteh Ramli berkata, buat masa ini masalah jerebu adalah terkawal dan tidak menjejaskan operasi penerbangan di LTSAH.

“Setakat ini Alor Setar tiada masalah, tiada lagi penerbangan dibatalkan atau ditangguhkan akibat jerebu, tapi jika penerbangan dari KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur) yang ada masalah, sini turut sama terjejas, tapi setakat ini tak ada lagi,” katanya.

Bagaimanapun beliau berkata pihaknya sentiasa berhubung dengan Jabatan Penerbangan Awam jika ada sebarang amaran jerebu dikeluarkan.

Semalam, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai memberitahu, bot-bot nelayan dan pesawat udara perlu menghentikan operasi sekiranya jarak penglihatan semakin terhad akibat jerebu, iaitu satu batu nautika bagi bot nelayan, dan 600 meter bagi pesawat udara. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori