• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nabil Terima Jemputan Tunaikan Haji Tahun Ini

oleh AK-47
19/09/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

JEMPUTAN menjadi tetamu Allah S.W.T bagi melaksanakan rukun Islam kelima iaitu mengerjakan ibadah haji merupakan impian bagi semua umat Islam.

Berpeluang menjadi antara yang terpilih, pelakon dan pelawak terkenal Nabil Ahmad meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga atas kurniaan rezeki itu.

Menurut Nabil, dia bakal berangkat ke Tanah Suci bersama jemaah lain pada 19 September ini (Sabtu) bagi penerbangan terakhir.

“Syukur sahaja yang mampu saya ucapkan kerana doa dimakbulkan atas peluang dan jemputan untuk menunaikan haji pada usia muda.

“Insya-Allah peluang saya dijemput ke sana dapat menaikkan semangat orang lain untuk Makkah pada usia muda juga.

“Setakat ini persediaan untuk ke sana hampir lengkap dan saya bersama rombongan lain berkesempatan menyertai kelas persediaan untuk ke Tanah Suci yang diadakan oleh ustaz pengiring kami.

“Banyak ilmu yang kami pelajari menerusi kelas berkenaan termasuk berkenaan adab, doa dan niat yang perlu dilakukan dan saya cukup teruja,” ujarnya kepada mStar Online.

Bercerita mengenai jemputan haji tersebut, Nabil memberitahu dia mendapat berita dapat mengerjakan ibadah haji pada tahun ini kira-kira sebulan lalu oleh rakan yang turut bertanggungjawab membawanya mengerjakan umrah pada Ramadan lalu.

Sementara itu, Nabil berkata, akan tetap meneruskan kerjaya seninya dan dalam masa yang sama lebih peka terhadap tindak-tanduknya selepas pulang dari Tanah Suci. – MYNEWSHUB.CC

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebih 15,000 Umat Islam Hadir Malam Melaka Berselawat

Lebih 15,000 Umat Islam Hadir Malam Melaka Berselawat

30/08/2026
0

MELAKA – Lebih 15,000 umat Islam membanjiri Dataran 1Malaysia, Klebang bagi menjayakan program Malam Melaka Berselawat yang dipimpin pendakwah terkenal...

Jangan Tunggu Rakyat Kembali Kepada UMNO, UMNO Yang Mesti Kembali Kepada Rakyat

Jangan Tunggu Rakyat Kembali Kepada UMNO, UMNO Yang Mesti Kembali Kepada Rakyat

30/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan seluruh kepimpinan dan ahli parti itu supaya tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd