• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MCA Komited Bantu Rakyat Tingkat Melalui 10 Bidang Fokus Utama

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – MCA terus komited membantu rakyat meningkatkan keupayaan ekonomi negara melalui 10 bidang fokus utama yang digariskan dalam fasa ketiga program transformasi parti itu, kata Presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata MCA akan terus berkhidmat kepada rakyat dan berusaha gigih bagi memastikan ekonomi negara dibangunkan melalui pemerkasaan bidang pertanian, pelancongan, industri berasaskan perabot, pembelajaran teknik dan vokasional (TVET), teknologi maklumat dan komunikasi, logistik, neo-urbanisasi, ‘one belt one road’ (OBOR), keusahawanan dan kewangan.

“MCA berharap dapat mengenal pasti apakah masalah yang dihadapi oleh pengusaha dalam 10 bidang fokus tersebut dan bagaimana kita boleh membantu
mereka (atasi masalah ini),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan ‘Mapping 10 Economic Strategic Directions’ di Wisma MCA di sini, hari ini.

Beliau berkata sebagai contoh dalam bidang pertanian, MCA akan membantu mengenal pasti perkara yang boleh dilakukan supaya nilai hasil pertanian dapat ditingkatkan.

Bagi industri perabot pula katanya, eksport barangan itu juga perlu diperbanyakkan kerana ia menyumbang kepada sumber kewangan yang banyak kepada negara.

Liow menegaskan sebagai parti politik yang mewakili kaum Cina dalam pentadbiran, MCA memilih untuk memanfaatkan saluran yang betul dalam membantu rakyat menyelesaikan pelbagai cabaran yang dihadapi seperti dalam bidang ekonomi, sosial dan politik.

“Kami memilih untuk menjadi proaktif, kami bergerak dengan positif dan membina dalam menyelesaikan masalah ekonomi dengan mengadakan seminar bagi membincangkan masalah.

“Kami duduk dan mengeluarkan idea, marilah bekerja bersama-sama menyelesaikan cabaran yang dihadapi negara kita,” katanya. – BERNAMA

 

Tags: Liow Tiong LaiMCA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MCA Dakwa BN Melaka Ketepikan Semangat Muafakat

MCA Dakwa BN Melaka Ketepikan Semangat Muafakat

25/10/2026
0

KUALA LUMPUR - MCA mendakwa Barisan Nasional (BN) Melaka mengetepikan semangat muafakat apabila membuat keputusan secara unilateral berhubung pengagihan kerusi...

Kata Tiada Maklumat, Tapi Boleh Pula Dapat Maklumat Daripada MPT?’ – Ka Siong Persoal KPKT Isu Tiga Gajah DAK

Kata Tiada Maklumat, Tapi Boleh Pula Dapat Maklumat Daripada MPT?’ – Ka Siong Persoal KPKT Isu Tiga Gajah DAK

09/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mempersoalkan jawapan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd