Monday, May 13, 2024

Creating liberating content

Amuk Tayar Kereta Dikunci...

KECOH... Seorang lelaki ‘naik angin’ apabila mendapati tayar keretanya dikunci petugas Dewan Bandaraya...

Makin Tunjuk LANGSI.. Alvin...

Kalau tempoh hari kami gelarkan tindakan blogger seks Alvin Tan menghina Malaysia, PM,...

JPA Terima Lebih 300...

SEREMBAN - Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menerima lebih 300 permohonan daripada penjawat awam...

Bersangka Baik Ibu Bapa...

SHAH ALAM - Masyarakat perlu bersangka baik dengan tindakan sesetengah ibu bapa yang...

Mat Sabu Sedia Jumpa Hadi Awang

PETALING JAYA – Parti Amanah Negara (Amanah) sedia bersemuka dengan PAS dalam sidang meja bulat bagi membincangkan mengenai pembentukan pakatan pembangkang baharu bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Jika semua pemimpin utama pembangkang hadir, ia akan menjadi pertemuan pertama antara PAS-DAP-PKR bersama parti serpihan PAS itu.

Presiden penaja Amanah, Mohamad Sabu berkata pihaknya menyedari mengenai keperluan penubuhan pakatan pembangkang baharu untuk menentang Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya akan datang.

“Apabila kita memilih cara demokrasi dan pilihan raya untuk memperoleh kuasa atau menambah kekuatan di Dewan Undangan Negeri atau Parlimen, maka tidak ada jalan lain melainkan mengadakan pakatan politik dengan parti-parti lain.

“Untuk berhadapan dengan BN, parti-parti politik yang lain tidak boleh bersendirian,” katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.


Pada Khamis, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyatakan sidang meja bulat antara pimpinan parti pembangkang akan diadakan pada Selasa depan.

Menurut Dr Wan Azizah yang juga Presiden PKR, sidang meja bulat itu merupakan inisiatif beliau ke arah pembentukan sebuah gabungan pembangkang baharu selepas Pakatan Rakyat berpecah.

Selain Mohamad, pimpinan pembangkang lain yang turut dijemput ialah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.

Bagaimanapun hingga kini Hadi dan Lim belum memberi jawapan berhubung petemuan berkenaan. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori