• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kualiti Udara Di Kuching, Samarahan & Sri Aman Terus Merosot

oleh Ahmad Albab
10/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Keadaan berjerebu di Kuching, Samarahan dan Sri Aman bertambah serius pagi ini apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di ketiga-tiga kawasan naik dengan ketara pagi ini berbanding malam tadi.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar setakat 8 pagi ini, bacaan IPU di Samarahan melonjak kepada 163 berbanding 130 pada 8 malam tadi.

Kuching pula meningkat kepada 137 berbanding 107 dan Sri Aman 142 berbanding 111 malam tadi, sekaligus menunjukkan kualiti udara di tiga kawasan tersebut masih tidak sihat.

Tujuh kawasan lain di Sarawak pula mencatatkan bacaan IPU sederhana iaitu 51 hingga 100 manakala di Sandakan, Sabah mencatatkan bacaan baik iaitu 46 dan tiga lagi kawasan di negeri itu merekodkan kualiti udara sederhana.

Tahap kualiti udara di Labuan turut sederhana iaitu 69.

Kebanyakan kawasan di Semenanjung pula mencatatkan bacaan IPU sederhana dan baik.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai kualiti udara baik, manakala 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa. – BERNAMA

Tags: Jerebusarawak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pelajar Rakam Suara Guru Leka Buat Seks Dengan Pengetua

Next Post

Ribut Pasir Landa Asia Barat

Related Posts

Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan Diaktifkan

Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan Diaktifkan

04/03/2025
2

PUTRAJAYA: Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan (PTPTK) sudah diaktifkan bagi membolehkan semua pihak meningkatkan pemantauan terhadap pembakaran terbuka yang boleh...

Sarawak Mahu Bangunkan Model AI Sendiri – Abang Johari

Sarawak Mahu Bangunkan Model AI Sendiri – Abang Johari

08/02/2025
0

KUCHING : Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berhasrat untuk membangunkan Model Bahasa untuk Aplikasi Dialog (LaMDA) bagi...

Next Post

Ribut Pasir Landa Asia Barat

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd