• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, October 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Khir Toyo Tawar Rawatan Gigi Percuma Ganti Hukuman Penjara

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEKAS Menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo sedia menawarkan khidmat komuniti dalam bentuk menyediakan rawatan pergigian percuma kepada orang miskin selama dua tahun.

Perkhidmatan itu akan diberi selama tiga kali seminggu.

Menurut peguam kanan yang mewakili Khir, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, tawaran itu dibuat oleh Mohamad Khir bagi menggantikan hukuman penjara selepas didapati bersalah atas tuduhan rasuah mengikut seksyen 165 Kanun Keseksaan.

“Anak guam saya bersedia untuk memberikan suatu aku janji bertulis yang menawarkan perkhidmatan pergigian percuma untuk golongan miskin, tiga hari seminggu selama dua tahun,” kata Shafee.

Beliau turut menambah bahawa Khir adalah pesalah kesalahan pertama. Ini merupakan kali pertama khidmat komuniti ditawarkan menggantikan hukuman penjara bagi kesalahan rasuah.

Mohamad Khir juga mendakwa beliau masih mempunyai lesen amalan dan masih merawat merawat rakan-rakan serta anggota keluarga.

Sementara itu, Muhammad Shafee berkata, harta itu tidak patut dilucut hak kerana ia dimiliki bersama oleh isterinya dan masih ada baki RM2.3 juta termasuk yang terhutang kepada bank.

Tambahnya, anak guamnya berumur 50 tahun, dan mempunyai enam anak berusia enam hingga 24 tahun.

Muhammad Shafie juga mengakui telah melihat Mohamad Khir memberi tuisyen kepada anak-anaknya, dan juga mengajar mereka membaca Al-Quran sehingga khatam.

Tambahan pula, Mohamad Khir mengalami masalah jantung dan sewaktu di Institut Jantung Negara bulan lalu, beliau mengalami serangan sekali lagi.

Pada masa yang sama, Mohamad Khir turut menjelaskan kepada mahkamah bahawa Negeri Selangor telah berkembang di bawah kepimpinannya dalam tempoh lapan tahun menjadi Menteri Besar. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Malaysia Kini

Tags: Khir Toyomahkamah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nasib PN Diketahui Esok, Mahkamah Dengar Permohonan Cabar Tindakan RoS

Nasib PN Diketahui Esok, Mahkamah Dengar Permohonan Cabar Tindakan RoS

12/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Permohonan Perikatan Nasional (PN) bagi mengenepikan tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) menggantung semua kegiatan gabungan politik itu...

‘Menteri Menangis Bukan Penyelesaiannya’ – Khir Toyo

‘Menteri Menangis Bukan Penyelesaiannya’ – Khir Toyo

07/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo menyifatkan tindakan menangisi tragedi membabitkan pelajar bukan penyelesaian, sebaliknya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd