• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Digigit Anjing Meningkat Di Tiga Negeri

oleh Ahmad Albab
25/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kes gigitan anjing pada manusia dan bilangan anjing yang dimusnahkan semakin meningkat ekoran penularan wabak penyakit anjing gila (rabies) di Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.

Menurut kenyataan dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, setakat pukul 2 petang hari ini, kes gigitan anjing pada manusia meningkat daripada 68 pada semalam kepada 82 hari ini dengan Pulau Pinang mencatatkan jumlah tertinggi (38), diikuti Perlis (29) dan Kedah (15).

Selain itu, 2,257 ekor anjing dimusnahkan di tiga negeri terbabit yang diwartakan sebagai kawasan jangkitan rabies pada 17 Sept lepas.

Sebanyak 1,618 anjing dimusnahkan di Kedah, 342 di Pulau Pinang dan 297 di Perlis.

Bilangan anjing yang divaksinkan setakat hari ini juga meningkat kepada 2,433 ekor dari 2,286 semalam.

Menurut kenyataan itu, jabatan menggalakkan pemilik haiwan mengurung haiwan mereka di dalam kawasan rumah dan meningkatkan imuniti haiwan peliharaan terutamanya anjing.

Selain itu, jabatan turut mengawal populasi anjing liar dan menjalankan pemantauan di seluruh negeri terutama bagi kes-kes gigitan.

Rabies adalah sejenis penyakit zoonosis yang disebabkan Lyssavirus yang boleh menjangkiti manusia melalui luka gigitan oleh anjing yang dijangkiti rabies dan juga melalui luka di kulit manusia yang terdedah kepada air liur, cairan atau tisu tubuh dari haiwan yang dijangkiti rabies.

Individu atau manusia yang dijangkiti rabies akan mengalami tanda klinikal seperti demam, sakit badan dan kepala, hidrofobia (takut pada air), lumpuh dan koma.

Penyakit ini juga boleh menyebabkan kematian pada manusia sekiranya tidak dirawat dengan segera. – BERNAMA

Tags: anjing
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Aksi Wanita Melayu Peluk, Belai Anjing Ketika Sesi Temu Bual Cetus Polemik

Aksi Wanita Melayu Peluk, Belai Anjing Ketika Sesi Temu Bual Cetus Polemik

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Satu rakaman video memaparkan seorang wanita Melayu bertudung memeluk sambil membelai seekor anjing ketika di temu bual...

PN Sudah Jadi PASiatan Nasional – Lokman Adam

PN Sudah Jadi PASiatan Nasional – Lokman Adam

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam mendakwa Perikatan Nasional (PN) kini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd