• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Bunuh Altantuya: Kalau Ada Petunjuk Baru, Sila Kemukakan

oleh AK-47
15/09/2015
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – BEKAS Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menyarankan sesiapa yang mempunyai petunjuk baharu dalam kes pembunuhan berprofil tinggi melibatkan wanita Mongolia, Altantuya Sharibuu, agar tampil membuat laporan polis.

Menurut beliau, perkara itu adalah lebih baik daripada mengada-adakan cerita yang tidak betul mengenai kes terbabit.

“Saya tak menyokong sesiapa, saya tak menyokong kerajaan, saya tak menyokong pembangkang.

“Saya nak orang awam mengetahui fakta-fakta sebenar, bukan dicampur aduk dengan fitnah, cerita-cerita yang tidak ada asas,” katanya mengulas mengenai dokumentari pembunuhan Altantuya yang disiarkan di saluran berita antarabangsa Al-Jazeera, baru-baru ini.

Musa turut mengakui sudah menonton dokumentari berdurasi 26 minit itu namun menyifatkan laporan itu telah ditokok tambah oleh pihak produksi siri 101 East.

“Saya dah tengok (dokumentari pembunuhan Altantuya). Pada mulanya betul, tapi akhirnya dia cerita lain pula. Itu tokok tambah saya rasakan,” katanya ketika ditemui Mynewshub di Publika, di sini hari ini.

Enggan orang awam dikelirukan dengan cerita-cerita yang tidak dapat dipastikan kesahihannya, Musa menggesa individu yang mempunyai maklumat baharu tampil ke hadapan agar kertas siasatan mengenai kes ini dapat dibuka semula untuk penyiasatan lanjut.

“Kalau ada petunjuk-petunjuk baru dalam kes ini, siapa-siapa yang ada keterangan, ada maklumat tentang petunjuk orang yang terlibat dengan jenayah ini, sila laporkan pada polis.

“Polis akan buka balik siasatan, tiada masalah (untuk buka semula) jika ada petunjuk baru.

“Tapi janganlah kita kelirukan orang ini terlibat, orang tu terlibat (tapi) akhirnya tiada apa-apa,” kata beliau lagi.

Dokumentari itu memaparkan wartawan Al-Jazeera, Mary Ann Jolley melakukan laporan bercorak penyiasatan yang mana memperlihatkan kronologi pembunuhan Altantuya serta dua tertuduh dalam kes itu, bekas anggota polis, Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=UJE9SZq6lOk

Oleh:  JULIANA JOHAR
Video: RIZA RAZAK

Tags: Altantuyakematian
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

14 Kanak-Kanak Ditahan Sebabkan Kematian Seorang Remaja

14 Kanak-Kanak Ditahan Sebabkan Kematian Seorang Remaja

04/05/2025
0

LONDON - Seramai 14 kanak-kanak berusia antara 11 hingga 14 tahun ditahan atas dakwaan menyebabkan kematian tanpa niat selepas seorang...

Keluarga Altantuya Mohon Perintah Isytihar Razak Baginda Muflis

Keluarga Altantuya Mohon Perintah Isytihar Razak Baginda Muflis

29/08/2024
0

Keluarga mangsa pembunuhan Altantuya Shaariibuu memfailkan permohonan supaya mahkamah mengisytiharkan Abdul Razak Baginda sebagai muflis selepas dia gagal membayar RM9.2...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd