• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Selangor Bakal Penuhi Tuntutan Dong Zong?

oleh Ahmad Albab
09/09/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan Selangor mengadakan perjumpaan dengan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) semalam bagi membincangkan tentang `Unified Examination Certificate’ (UEC).

Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, perjumpaan itu dihadiri beliau dan Pengerusi Dong Zong, Temenggong Lau Lee Ming.

“Kerajaan Selangor telah mengadakan satu pertemuan dengan pihak Dong Zong bagi membincangkan perihal UEC di peringkat negeri Selangor.

“Perjumpaan ini turut dihadiri wakil UNISEL, KUIS dan INPENS,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Pengumuman oleh kerajaan Selangor itu bagaimanapun menimbulkan keresahan sebilangan pihak kerana dikhuatiri bakal memenuhi desakan Dong Zong sejak tiga tahun dulu supaya UEC diiktiraf di Malaysia.

Kerajaan Persekutuan sebelum ini memaklumkan Kementerian Pendidikan telah menyarankan sukatan pelajaran UEC dipinda agar selari dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Bagaimanapun, Dong Zong tidak bersetuju dengan saranan itu menyebabkan UEC tidak dapat diiktiraf di Malaysia.

Dong Zong mendesak supaya kerajaan mengiktiraf UEC sebagai kelayakan untuk memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA) sejak tiga dekad lalu.

Silibus UEC dibahagikan kepada tiga tahap iaitu Menengah Rendah atau Junior Middle (UEC-JML), Vokasional (UEC-V), Menengah Tinggi atau Senior Middle (UEC-SML) yang kesemuanya menggunakan bahasa Mandarin.

Langkah ‘menghalalkan’ sijil UEC sebagai ‘tiket’ masuk ke universiti tempatan dikhuatiri akan mendatangkan impak jangka panjang kepada perpaduan rakyat Malaysia kerana pelajarnya dilahirkan mengikut acuan Cina dan Taiwan berdasarkan kurikulum yang diajar sekali gus bercanggah dengan Falsafah Pendidikan Negara.

– MYNEWSHUB.CC

Tags: Kerajaan Selangor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebih 20 Hari Penduduk Bergelap, Kerajaan Selangor Adakan Mesyuarat Isnin Ini Cari Penyelesaian

Lebih 20 Hari Penduduk Bergelap, Kerajaan Selangor Adakan Mesyuarat Isnin Ini Cari Penyelesaian

26/12/2025
0

PELABUHAN KLANG: Kerajaan Selangor akan mengadakan mesyuarat pada Isnin ini bagi membincangkan tindakan selanjutnya berhubung pembaikan sistem pendawaian elektrik membabitkan...

Selangor Rekod RM60.1 Bilion Pelaburan Tahun Lalu

Selangor Rekod RM60.1 Bilion Pelaburan Tahun Lalu

16/03/2023
0

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor merekodkan RM60.1 bilion pelaburan membabitkan pelbagai sektor termasuk perkilangan dan perkhidmatan sepanjang tahun lalu. Ikuti Mynewshub: Telegram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd