• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kenyataan ‘Tak Berasas’ Kaitkan 1MDB Dengan CDS Kerajaan

oleh Ahmad Albab
25/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – 1Malaysia Development Bhd (1MDB) hari ini berkata dakwaan yang mengaitkan sebaran luas Swap Mungkir Kredit (CDS) dengan syarikat itu sebagai ‘komentar yang tidak berasas’.

“Perlu ditekankan bahawa CDS merupakan instrumen kewangan derivatif yang nilainya ditentukan oleh pendagang, menerusi permintaan dan penawaran, dan tidak semestinya menggambarkan fakta atau asas ekonomi,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Dalam hubungan ini, 1MDB berkata sebaran CDS merupakan petunjuk yang berbeza kepada penarafan kredit A-/A3 Malaysia, yang mencerminkan keupayaan kukuh kerajaan untuk membayar obligasi hutangnya, dengan kebarangkalian kemungkiran yang rendah.

IMDB membuat kenyataan itu berikutan kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang mengaitkan 1MDB untuk peluasan sebaran CDS kerajaan.

1MDB menyifatkan komen Lim itu sebagai ‘tidak berasas’.

Syarikat dana negara itu berkata sebaliknya pelan rasionalisasi 1MDB yang sedang dilaksanakan, berjalan seperti dirancang.

Asas pelan yang antara lain melibatkan ‘hutang untuk pertukaran aset’ dengan Abu Dhabi International Petroleum Investment Co (IPIC), jualan ekuiti dalam Edra Energy dan Bandar Malaysia, penjualan tanah induk di Tun Razak Exchange (TRX) serta pelupusan aset bukan teras.

1MDB berkata hasil daripada pelan rasionalisasi itu akan dapat mengurangkan dengan ketara hutangnya ke tahap yang boleh diurus, menjelang suku keempat 2015.

Dalam kenyataan itu, 1MDB, khususnya menekankan beberapa fakta dan asas utama berkaitan kemajuan rasionalisasi.

Antaranya tahun ini ia berjaya menjual lebih RM1 bilion tanah di TRX.

1MDB berkata bidaan akhir yang mengikat akan diterima daripada pembida dari dalam negara dan antarabangsa yang disenarai pendek untuk Edra Energy dan Bandar Malaysia antara pertengahan hingga akhir bulan Oktober 2015, dengan Perjanjian Jual Beli (SPA) untuk kedua-dua aset itu dilaksanakan pada Disember 2015.

1MDB berkata ia secara konsisten memenuhi, tanpa mungkir, menunaikan obligasi kadar faedah dan pembayaran asas, kepada pelabur asing dan domestik.

Ia berkata kerajaan telah menjamin RM5.8 bilion hutang 1MDB – dengan RM5 bilion matang pada 2039 – dan menyediakan Surat Sokongan bagi bon US$3 bilion yang diterbitkan oleh 1MDB, yang matang pada 2023.

Pada kadar tukaran semasa, jumlah pokok hutang jangka panjang ini berjumlah kira-kira RM18.7 bilion, katanya.

1MDB berkata berdasarkan statistik di laman web Bank Negara Malaysia, angka ini bersamaan dengan sekitar 1.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar
Malaysia (KDNK) 2014 sebanyak kira-kira RM1.1 trilion dan sekitar 2.9 peratus daripada hutang suku kedua 2015 Kerajaan Pusat berjumlah kira-kira RM628 bilion.

Justeru, walaupun terdapat liabiliti luar jangka ke atas kerajaan, 1MDB yakin, berdasarkan fakta dan asas, ia akan dapat memenuhi obligasi khidmat hutang hasil daripada kejayaan pelaksanaan pelan rasionalisasinya. – BERNAMA

https://youtu.be/RsXddRJnbBM

Tags: 1MDB
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

28/12/2025
0

Oleh Lim Sian See Asas paling penting dalam penghakiman yang mensabitkan Najib bersalah dalam kes 1MDB–Tanore ialah andaian bahawa Jho...

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

27/12/2025
0

Oleh Mynewshub Selama lebih dua dekad, isu Independent Power Producers (IPP) menjadi antara “bom jangka” terbesar dalam struktur ekonomi dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd