• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kedah Catat 18 Kes Gigitan, 2 Babit Anjing Gila

oleh Ahmad Albab
23/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Jabatan Kesihatan Kedah mencatat 18 kejadian gigitan anjing sehingga 20 Sept lepas dengan dua daripadanya melibatkan anjing gila.

Pengarahnya Datuk Dr Norhizan Ismail berkata ia membabitkan 17 ekor anjing dengan dua kes berlaku di Kota Setar, Kuala Muda (tiga), Kulim (tiga), Kubang Pasu (enam), Padang Terap (satu), Bandar Baharu (satu) dan Langkawi (dua).

Beliau berkata tiada kes jangkitan Rabies dalam kalangan manusia dilapor setakat ini.

Beliau berkata dua kes Rabies tersebut di Kota Setar berlaku terhadap pasangan suami isteri pada 7 dan 11 Sept membabitkan anjing peliharaan mereka.

“Pada mulanya dilaporkan seorang wanita berusia 53 tahun digigit anjing peliharaannya yang mengidap penyakit Rabies. Namun apabila siasatan lanjut dijalankan, wanita tersebut mengesahkan suaminya yang berusia 53 tahun turut digigit anjing yang sama,” katanya.

Dr Norhizan berkata suami wanita berkenaan telah dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini dan diberikan suntikan vaksin mencegah Rabies serta menerima rawatan pesakit luar.

“Suami wanita itu dilapor berada dalam keadaan sihat, tetapi dinasihat supaya sentiasa memantau keadaan kesihatannya dan segera mendapatkan rawatan sekiranya mengalami demam atau sakit kepala,” katanya. – BERNAMA

Tags: anjinganjing gila
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Aksi Wanita Melayu Peluk, Belai Anjing Ketika Sesi Temu Bual Cetus Polemik

Aksi Wanita Melayu Peluk, Belai Anjing Ketika Sesi Temu Bual Cetus Polemik

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Satu rakaman video memaparkan seorang wanita Melayu bertudung memeluk sambil membelai seekor anjing ketika di temu bual...

PN Sudah Jadi PASiatan Nasional – Lokman Adam

PN Sudah Jadi PASiatan Nasional – Lokman Adam

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam mendakwa Perikatan Nasional (PN) kini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd