Sunday, May 12, 2024

Creating liberating content

Video: Myvi Gila Cilok...

AKSI pemanduan 'gila' seorang pemandu Myvi gemar memintas kenderaan lain telah menyebabkan beberapa...

Pemandu Uber Diugut Tuduh...

NEW YORK - Seorang penumpang Uber mengancam menuduh pemandunya merogolnya kerana lelaki berkenaan...

Tiada Mesyuarat PM Dengan...

KUALA LUMPUR - Tiada sebarang mesyuarat atau perjumpaan dijadualkan di antara Tan Sri...

Perlembagaan Jamin Kedudukan Institusi...

BANGI – Bekas Penasihat Sosio Budaya Kerajaan, Tan Sri Rais Yatim berkata peruntukan...

Keadaan Jerebu Di Singapura Bertambah Baik Setakat 3 Petang

SINGAPURA – Keadaan berjerebu di Singapura pada pukul 3 petang ini berkurangan berbanding pagi tadi, walaupun kualiti udara terus berada pada paras tidak sihat, kata Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA).

Menurut agensi itu, keadaan tersebut berlaku berikutan perubahan tiupan angin ke arah tenggara.

Pada pukul 3 petang ini, Indeks Standard Pencemaran (PSI) 24 jam ialah 142-163, iaitu dalam kadar antara pertengahan dan tinggi dalam jajaran tidak sihat, manakala PSI 3 jam ialah 108, katanya.

Bacaan PSI 24 jam melebihi 100 menunjukkan kualiti udara yang tidak sihat. Angin tenggara diramal terus bertiup sepanjang hari ini.

NEA berkata keadaan berjerebu dijangka terus bertambah baik hari ini.


Bagaimanapun, keadaan berjerebu terus melanda Sumatera dan keadaan di Singapura mungkin semakin buruk pada lewat petang jika tiupan angin berubah.

PSI 24 jam untuk 12 jam akan datang dijangka mencapai paras tinggi, menurun ke kadar pertengahan dalam jajaran tidak sihat. – BERNAMA

Indonesia mohon maaf atas masalah jerebu.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori