Tuesday, June 18, 2024

Creating liberating content

VIDEO: Kanggaru Bertinju Di...

AKSI dua ekor kanggaru ini dirakam sedang bertinju di sebuah jalan di pinggir...

Yuna, Adam Sinclair Bakal...

BARU sahaja bertunang pada awal Ogos lalu, pasangan, Yuna dan Adam Sinclair dikatakan...

Baiki Sekolah Daif Guna...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan akan melihat kepada keperluan pembangunan atau penambahbaikan sekolah...

Jualan Motor Kapcai Naik...

JANGKAAN... Boon Siew Honda Sdn. Bhd. tidak menolak kemungkinan jualan motosikal murah atau...

Kami Tidak Perlu Minta Maaf – Naib Presiden Indonesia

NAIB Presiden Indonesia, Jusuf Kalla berkata, Indonesia tidak perlu memohon maaf atas kebakaran hutan yang berlaku di Sumatera dan Kalimantan sehingga menyebabkan jerebu di beberapa negara jirannya.

Dalam kenyataan itu, Jusuf berkata apa yang perlu dilakukan oleh pemerintah Indonesia adalah mengatasi masalah tersebut supaya kejadian yang sama tidak berulang lagi pada masa depan kelak.

“Berapa lama mereka (negara jiran) nikmati udara segar daripada kawasan hijau dan hutan-hutan kita semasa ia tidak terbakar? Berbulan-bulan. Adakah mereka berterima kasih?

“Tetapi, semasa terjadinya kebakaran hutan paling lama sebulan, asap-asap itu cemari wilayah mereka. Jadi, mengapa mesti meminta maaf,” katanya dipetik portal MalaysiaKini.

Tambah Jusuf, salah satu punca kebakaran hutan adalah permintaan dari beberapa syarikat milik negara-negara jiran yang turut mengalami jerebu.

Katanya, syarikat besar dari negara tersebut dipercayai menebang dan membakar hutan bagi tujuan mengosongkan tanah untuk tujuan perladangan dan perniagaan.


Memetik laporan portal berita Indonesia, Kompas, Jusuf pernah memberi kenyataan yang sama pada tahun 2005 dan 2007 ketika memegang jawatan yang sama.

Malah, Jusuf turut memberi kenyataan yang sama ketika bertemu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Hamidi pada 18 September lalu. – Mynewshub.cc

Oleh: hzqahmd

https://www.youtube.com/watch?v=g5tffw4tAG4

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori