• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPM: JPNT Tubuh Jawatankuasa Khas Ketika Musim Tengkujuh

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) akan menubuhkan jawatankuasa khas untuk memastikan kelancaran peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semasa musim tengkujuh, bermula November ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains Teknologi dan Tugas-Tugas Khas negeri, Ghazali Taib antara langkah awal yang akan diambil ialah memastikan pelajar asrama yang pulang bercuti secara mingguan, pulang satu atau dua hari lebih awal ke asrama masing-masing.

“Bagi sekolah harian biasa pula, JPNT akan menyediakan kenderaan khas pacuan empat roda untuk menjemput pelajar ke sekolah sekiranya mereka terperangkap di kawasan banjir,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai persediaan pengurusan awal JPNT terhadap pelajar yang menduduki SPM di negeri ini.

Mengulas lanjut Ghazali berkata, beberapa sekolah dikenal pasti sering dilanda banjir ketika musim tengkujuh terutama di Hulu Terengganu, Setiu dan Kemaman.

Katanya, pihak sekolah juga dinasihat membuat persediaan awal dengan memastikan keutamaan tempat peperiksaan dan kertas peperiksaan yang selamat.

“Kita akan terus mengikuti prosedur biasa untuk memastikan kelancaran SPM pada tahun ini dan ia memerlukan kerjasama erat semua pihak termasuk pemimpin setempat, masyarakat dan calon SPM senditi,” katanya.

Beliau juga menggesa agar semua sekolah di Terengganu mengambil inisiatif mengurangkan kerugian akibat banjir dengan memindahkan barangan berharga ke tempat lebih tinggi.

“Tahun lepas, anggaran kerugian ialah sebanyak RM14 juta, jadi kita mahu pihak sekolah mengambil tindakan sepatutnya bagi mengelak kerugian lebih besar pada tahun ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: BanjirSPM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan misi diplomatik Malaysia menggunakan segala sumber yang diperlukan bagi membantu...

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd