• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jerebu: Riau Diisytihar Kawasan Darurat

oleh Ahmad Albab
15/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Indonesia hari ini mengisytiharkan Riau sebagai kawasan darurat setelah keadaan jerebu di wilayah itu dilapor berada pada tahap sangat berbahaya.

Media tempatan melaporkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Riau melebihi bacaan 900 dengan tahap penglihatan tidak sampai 100 meter yang mengakibatkan aktiviti ekonomi dan sosial termasuk di Lapangan Terbang Internasional Sultan Syarif Kasim II lumpuh.

Akhbar tempatan Riau, Tribun Pekanbaru memetik Pemangku Gabenor Riau, Arsyadjuliandi Rachman sebagai berkata ibu kota Riau iaitu Pekanbaru berada dalam keadaan sangat tidak sihat.

“Pekanbaru sudah tidak layak untuk dihuni kerena kualiatas udaranya sudah berbahaya.

Angka polutan (pencemaran) yang baru saya dengar mencapai 1,000 lebih,” katanya. Sementara itu Menteri Lingkungan Hidup dan Kehutanan Republik Indonesia, Siti Nurbaya Bakar dipetik sebagai berkata pihak berkuasa tempatan di Riau telah diarah untuk membuka pos kesihatan bagi memberi bantuan kepada masyarakat setempat.

Katanya, pihak berkuasa juga sedang memantau proses memadam kebakaran hutan dan ladang di Jambi dan Sumatera Selatan.

Asap tebal akibat kebakaran hutan di kedua-dua wilayah itu dilapor telah membawa jerebu yang teruk ke Malaysia dan Singapura. Siti Nurbaya berkata, usaha memadam kebakaran terus dilakukan dengan menggunakan pesawat pengeboman air dan pembentukan awan hujan.

“Saat ini sudah ditumpahkan sebanyak 18 juta liter (air) di Riau dan‎ 12 juta liter di Sumatera Selatan untuk pengeboman air dan sudah ditaburkan garam untuk hujan buatan sebanyak 120 tan di Riau dan 56 tan di Sumatera Selatan dan Jambi,” katanya.

Presiden Jokowi yang kini dalam rangka lawatan ke Asia Barat dilapor sudah memberi arahan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas terhadap dalang kebakaran hutan dengan mereka yang masih berdegil meneruskan aktiviti kebakaran hutan dan ladang perlu dikenakan tindakan undang-undang. – BERNAMA

https://youtu.be/g5tffw4tAG4

Tags: Jerebu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan Diaktifkan

Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan Diaktifkan

04/03/2025
2

PUTRAJAYA: Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan (PTPTK) sudah diaktifkan bagi membolehkan semua pihak meningkatkan pemantauan terhadap pembakaran terbuka yang boleh...

Hamas Lancar Serangan Balas Terbesar, Bedil 5,000 Roket Ke Atas Israel

Sekolah Ditutup Jika IPU Capai 200

07/10/2023
0

GEORGE TOWN: Sekolah-sekolah boleh ditutup sekiranya situasi jerebu semakin teruk di kawasan masing-masing dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencapai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd