• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jerebu: Atlet Negara Disaran Menjalani Latihan Dalaman

oleh Ahmad Albab
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Atlet negara dinasihat supaya menggelak daripada melakukan aktiviti luar, sebaliknya menjalani latihan di tempat tertutup berikutan fenomena jerebu pada masa ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN) Datuk Dr Ramlan Abd Aziz turut menyarankan atlet memakai topeng keselamatan dan meminum banyak air bagi memastikan kesihatan mereka tidak terjejas.

“Pada tahap jerebu pada hari ini, atlet dinasihatkan untuk berlatih di kawasan tertutup seperti dewan dan sebagainya dan tidak menjalani apa-apa aktiviti di luar,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Dr Ramlan turut menasihati jurulatih dan atlet mematuhi beberapa perkara penting tentang latihan dalam keadaan udara berjerebu melalui panduan yang diedarkan ketika musim jerebu yang lalu.

“Juga ahli pasukan sokongan prestasi tinggi dan pegawai di Pusat Satelit ISN di negeri-negeri akan memberi nasihat secara terus kepada para atlet,” katanya.

Dr Ramlan berkata sekiranya tahap bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100, hanya latihan dalaman sahaja dibenarkan dan sekiranya atlet tersebut terlibat dalam persediaan penting, latihan itu perlu dipindahkan ke kawasan terdekat yang mempunyai bacaan IPU kurang daripada 100.

Beliau turut menasihati penganjur acara sukan supaya memantau bacaan IPU dari semasa ke semasa.

Pagi ini, lima kawasan mencatatkan IPU tidak sihat, melebihi 100, iaitu Samarahan (177), Kuching (165) dan Sri Aman (164) di Sarawak dan Larkin Lama (111) serta Pasir Gudang (127) di Johor.

Sementara itu, sebanyak 33 lokasi lagi mencatatkan bacaan IPU sederhana manakala di Kuala Lumpur berada pada tahap sederhana, sekitar 63 dan 76.

IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya). – BERNAMA

Tags: atletJerebu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

07/09/2026
0

JEREBU datang lagi langit bertukar kelabu, kualiti udara merosot, aktiviti luar dihentikan dan rakyat dinasihati memakai pelitup muka. Kali ini...

Zahid Nasihat Orang Ramai Jaga Kesihatan, Jerebu Dijangka Berterusan

Zahid Nasihat Orang Ramai Jaga Kesihatan, Jerebu Dijangka Berterusan

26/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyeru orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan mengambil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd