• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jerebu: 9 Penerbangan Di LTAB Kuching Terjejas

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Sembilan penerbangan keluar masuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAB Kuching) terjejas akibat jerebu setakat 5 petang ini.

Pengurus LTAB Kuching Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Mohd Nadzim Hashim berkata sehingga pukul 5 petang, jarak penglihatan darat di LTAB Kuching adalah sekitar 1,600 meter.

“Sembilan penerbangan lewat, membabitkan lima ketibaan dan empat perlepasan, menjejaskan jadual penerbangan 934 penumpang. Tiada pembatalan setakat pukul 5 petang ini,” katanya dalam kenyataan.

“MAHB menasihatkan semua penumpang yg menggunakan penerbangan melalui LTAB Kuching supaya menyemak jadual penerbangan dengan syarikat penerbangan masing-masing sebelum ke lapangan terbang,” katanya.

Kegiatan harian penduduk di tiga kawasan iaitu Kuching, Samarahan dan Sri Aman masih berjalan seperti biasa biarpun keadaan jerebu di ketiga-tiga kawasan tersebut sudah mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat.

Setakat 5 petang, Samarahan mencatatkan IPU 184, diikuti Sri Aman (177), Kuching (164).

Tinjauan Bernama di sekitar bandar raya ini mendapati rata-rata orang ramai dan penunggang motosikal sudah mula menggunakan topeng muka apabila menjalankan aktiviti luar rumah.

Sementara itu Pengarah Jabatan Kesihatan Sarawak Datuk Dr Zulkifli Jantan ketika dihubungi Bernama berkata setakat hari ini tiada perubahan yang signifikan pertambahan bilangan pesakit yang mendapatkan rawatan kesan jerebu.

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dalam kenyataan pula berkata setakat semalam, bilangan titik panas di Kalimantan, Indonesia ialah sebanyak 18 titik panas.

Asap jerebu sederhana dan tebal dari titik panas di wilayah Kalimantan Barat, Kalimantan Selatan dan Kalimantan Tengah dijangka merebak ke arah kebanyakan bahagian Sarawak dalam tempoh 24 hingga 48 jam berikutnya, kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, Timbalan Residen (Pembangunan) Samarahan, Jamalie Busri ketika dihubungi berkata kualiti udara di sekitar Samarahan agak terjejas, namun aktiviti penduduk sekitar masih belum terjejas.

Beliau berkata penduduk juga dinasihatkan untuk mengurangkan aktiviti luar rumah, dan seboleh-bolehnya memakai topeng muka jika berada di kawasan luar.

Ketika ditanya sama ada berlaku pembakaran terbuka di kawasan tersebut, beliau berkata pihaknya tidak menerima sebarang laporan berlaku pembakaran terbuka. – BERNAMA

Tags: Jerebu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

07/09/2026
0

JEREBU datang lagi langit bertukar kelabu, kualiti udara merosot, aktiviti luar dihentikan dan rakyat dinasihati memakai pelitup muka. Kali ini...

Zahid Nasihat Orang Ramai Jaga Kesihatan, Jerebu Dijangka Berterusan

Zahid Nasihat Orang Ramai Jaga Kesihatan, Jerebu Dijangka Berterusan

26/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyeru orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan mengambil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd