• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isytihar Darurat Jerebu Di Kawasan Bahaya – Jokowi

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Presiden Joko Widodo mengarahkan kerajaan tempatan di wilayah yang mengalami masalah jerebu pada tahap bahaya supaya mengisytiharkan darurat.

Akhbar-akhbar tempatan pada Sabtu menyebut beliau sebagai berkata menerusi pengisytiharan darurat itu, kerajaan pusat dapat mengambil langkah-langkah segera menangani masalah yang dilaporkan semakin memburuk terutama di beberapa daerah di Sumatera dan Kalimantan.

Joko, lebih dikenali dengan panggilan Jokowi, juga mengarahkan Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB), Tentera Nasional indonesia (TNI), Polis Republik Indonesia (Polri) dan kerajaan tempatan mengadakan operasi darurat jerebu di kawasan-kawasan terlibat.

Semalam, pihak berkuasa Indonesia memberi amaran mengenai jerebu yang dijangka mungkin lebih teruk berbanding tahun-tahun sebelumnya selepas imej satelit mengesan lebih 600 lokasi titik panas di Jambi, Riau dan Sumatera Selatan.

Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia dalam satu kenyataan berkata, sebanyak 229 titik panas dikesan di Jambi, Sumatera Selatan (189) dan Riau (178).

Ketua Pusat Data Informasi BNPB, Sutopo Purwo pula berkata, jarak penglihatan di daerah Jambi dan Pekanbaru di Sumatera hanya 500 meter yang menyebabkan beberapa buah sekolah dan lapangan terbang terpaksa ditutup.

Katanya sebanyak enam wilayah diletakkan di bawah status siap sedia darurat iaitu Riau, Jambi, Sumatera Selatan, Kalimantan Barat, Kalimantan Tengah dan Kalimantan Selatan. – BERNAMA

 

Tags: JerebuJokowi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

07/09/2026
0

JEREBU datang lagi langit bertukar kelabu, kualiti udara merosot, aktiviti luar dihentikan dan rakyat dinasihati memakai pelitup muka. Kali ini...

Zahid Nasihat Orang Ramai Jaga Kesihatan, Jerebu Dijangka Berterusan

Zahid Nasihat Orang Ramai Jaga Kesihatan, Jerebu Dijangka Berterusan

26/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyeru orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan mengambil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd