Monday, July 22, 2024

Creating liberating content

Wanita Ditahan Simpan, Jual...

SEPANG: Seorang peniaga wanita ditahan polis kerana menyimpan stok mercun tanpa lesen sah...

Polis Kesan Pelbagai Taktik...

KUALA TERENGGANU - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan pelbagai taktik yang digunakan oleh...

Tewas 3-0: OKS Silap...

KUALA LUMPUR - Jurulatih kebangasaan, Datuk Ong Kim Swee dikecam berikutan kekalahan mengaibkan...

Tunku Temenggong Kedah Bantu...

YAN - Tunku Temenggong Kedah Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul...

Isu Anjing Dalam Troli KLIA, Pihak Lapangan Terbang Ambil Tindakan

BERIKUTAN tersebarnya gambar dua wanita membawa anjing dalam troli di KLIA, pihak Malaysia Airports memaklumkan bahawa tindakan selanjutnya telah diambil.

Melalui kenyataan yang dikeluarkan di halaman Twitter, mereka telah mengesahkan bahawa notis pemberitahuan mengenai larangan membawa binatang peliharaan telah ditampal di banyak tempat di KLIA.

sertu3

“Untuk makluman, binatang peliharaan tidak dibenarkan dibawa masuk dalam bangunan terminal lapangan terbang. Notis pemberitahuan telah ditempatkan di setiap pintu masuk sebagai peringatan kepada semua pengguna lapangan terbang akan peraturan ini.

“Berkenaan insiden anjing dibawa masuk dalam KLIA semalam, pihak kami telah mengambil tindakan segera yang diperlukan di mana troli berkenaan telah dibersihkan (disertu).”

Bagaimanapun seorang netizen mempersoalkan keterangan yang dikeluarkan di mana kenyataan terbabit disifatkan mungkin ‘sebagai penyedap hati’ sahaja oleh pihak lapangan terbang.


Menjawab persoalan terbabit, seorang pengguna Twitter, Kadri Azmi, memuat naik dua keping gambar yang dipercayai proses ‘sertu’ troli di lapangan terbang oleh seorang wanita.

sertu1
Sumber: Twitter Malaysia Airports
sertu2
Sumber: Twitter Malaysia Airports

Orang ramai khususnya yang bukan beragama Islam dinasihatkan supaya tidak lagi membawa anjing peliharaan mereka menggunakan troli awam bagi menjaga sensitivi umat Islam di negara ini.

Selain itu, orang ramai juga tidak seharusnya mencetus provokasi dengan mengaitkan isu anjing dalam troli ini sebagai isu perkauman, di mana kejadian yang berlaku berpunca daripada sikap individu terbabit sendiri. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzqahmd

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori