• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isteri Menyelinap Masuk Bilik Penjara Suami

oleh Ahmad Albab
02/10/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SURABAYA – Pegawai penjara malu besar selepas seorang wanita yang dipercayai isteri banduan yang disabitkan dengan aktiviti pengganas menyelinap masuk ke bilik penjara lelaki itu dan bermalam selama beberapa hari.

Warden penjara Porong di sini, Heri Prasetyo berkata, pegawai penjara menemui wanita berkenaan bersembunyi di tandas di bilik penjara yang didiami tahanan, Abdullah Ummamity pada Jumaat lalu.

Abdullah dihukum penjara seumur hidup akibat disabitkan kesalahan berkaitan dengan aktiviti pengganas.

Wanita itu ditemui ketika pegawai penjara mahu memindahkan Abdullah dan tiga lagi pesalah ke penjara berasingan selepas mereka didapati mempengaruhi banduan lain.

Pegawai penjara Indonesia sebelum ini pernah menemui peralatan pembuatan bom, buku dan bendera militan Negara Islam di bilik penjara mereka.

Tidak dapat dipastikan bagaimana peralatan untuk membuat bom itu boleh pula berada di dalam penjara.

Heri memberitahu, isteri Abdullah kemungkinan tinggal di bilik penjara bersama-sama suaminya lebih dari satu hari.

Beliau mengakui kesilapan itu berpunca daripada pengurusan penjara itu yang mempunyai 17 pengawal bagi mengawasi 1,193 banduan.

Katanya, pihak penjara bekerjasama dengan polis bagi menyiasat bagaimana wanita itu menyelinap masuk ke penjara dan kemungkinan ada pengawal yang bersubahat.

Polis menyoal siasat wanita itu sebelum dihantar pulang ke rumahnya berhampiran penjara yang disewanya sejak Abdullah ditahan pada 2007. – Agensi/myMetro Online

https://www.youtube.com/watch?v=lyr6IZa9Zho

Tags: PenjaraSuami Isteri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

22/01/2026
0

Melaka: Ejen sindiket pemalsuan dokumen warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas...

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

18/12/2025
0

MOSCOW: Sebuah mahkamah yang dikawal Russia di Donetsk, Ukraine, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun terhadap seorang warga Britain...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd