Monday, May 13, 2024

Creating liberating content

Sultan Terengganu Sah Jadi...

KUALA LUMPUR – Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan me­nyertai kontinjen negara...

Gobind Akan Temui AG...

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo hari ini berkata...

Kepala Wanita Tertusuk Playar...

SEORANG wanita di barat daya China terselamat daripada maut apabila sebuah playar yang...

Demam Star Wars Kini...

'DEMAM' filem sains fiksyen Hollywood terkenal Star Wars: The Force Awaken semakin memuncak dengan pelbagai...

Imigresen Melaka Tahan 119 Warga Asing

MELAKA – Jabatan Imigresen Melaka menahan seramai 119 warga asing berusia antara tiga bulan hingga 55 tahun disyaki pendatang tanpa izin dalam operasi di sebuah tapak binaan di Ayer Keroh di sini pagi Rabu.

Timbalan Pengarah Imigresen Melaka Abu Bakar Sidek Hasan berkata mereka yang ditahan terdiri daripada 81 orang warga Myanmar, 30 orang warga Indonesia dan selebihnya warga Bangladesh.

“Semua mereka didapati melakukan kesalahan tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan tinggal lebih masa di negara ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata mereka ditahan mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan warga asing yang ditahan dihantar ke Depoh Tahanan Imigresen di Machap Umboo, Alor Gajah.

Katanya ketika operasi seramai 28 warga asing didapati cuba menyorok dalam sebuah tangki di tingkat enam bangunan yang sedang dibina di tapak pembinaan itu , namun taktik itu berjaya dikesan penguatkuasa.


Abu Bakar berkata seorang lelaki warga Indonesia berumur 27 tahun patah kaki kerana terjun dari tingkat dua bangunan yang sama dan seorang lelaki warga Myanmar berumur 25 tahun terseliuh ketika cuba melarikan diri.

Beliau berkata kedua-dua mereka yang cedera itu telah dihantar ke Hospital Melaka bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Katanya terdapat juga seorang warga Myanmar berumur lingkungan 30-an cuba merasuah seorang penguatkuasa imigresen sebanyak RM100 bagi melepaskan diri.

“Jabatan Imigresen turut menahan tiga warga tempatan yang berumur antara 30 sehingga 55 tahun kerana disyaki menggaji pekerja asing tanpa izin,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori