• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Esok! Pembayaran Elektronik Sepenuhnya Di 5 Plaza Tol

oleh Ahmad Albab
08/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBERANG PERAI – PLUS Malaysia Bhd (PLUS) akan melaksanakan sistem kutipan tol secara elektronik (ETC) sepenuhnya di lima plaza tol miliknya mulai 12 tengah hari esok.

Pengurus Besar Operasi PLUS, Norbayati Manap berkata lima plaza tol itu ialah di Jambatan Pulau Pinang, Kubang Semang dan Lunas di Pulau Pinang serta Jitra dan Bukit Kayu Hitam di Kedah.

Beliau berkata tujuan pelaksanaan ETC adalah untuk mengurangkan kesesakan di plaza tol kerana kutipan secara elektronik mampu menjimatkan masa.

“Mulai 12 tengah hari esok, kami tidak akan menerima pembayaran wang tunai di kelima-lima plaza tol berkenaan dan kami akan sediakan lorong 24 jam untuk pembelian kad Touch ‘n Go,” katanya kepada pemberita selepas melawat persiapan ETC di Jambatan Pulau Pinang hari ini.

Beliau berkata hasil pemantauan PLUS mendapati pengguna ETC Jambatan Pulau Pinang telah mencapai 82,000 pengguna sehari, tol Kubang Semang 40,000, tol Lunas 34,000, tol Jitra 22,000 dan tol Bukit Kayu Hitam 3,000.

“Insyaallah dengan persiapan yang telah dijalankan, kita akan mampu mengendalikan jumlah trafik di kelima-lima plaza tol itu esok,” katanya.

Beliau berkata PLUS akan menyediakan kakitangan yang akan dibantu anggota Rela untuk menguruskan aliran trafik sekiranya pelaksanaan hari pertama esok menyebabkan kesesakan.

Norbayati berkata pemantauan PLUS mendapati masih terdapat lebih kurang 20,000 pengguna lebuh raya yang membayar secara tunai.

“Setakat hari ini, peratusan jualan kami adalah menggalakkan di mana kami menawarkan 20 peratus rebat kepada pembeli kad Touch ‘n Go baru yang melalui kelima-lima plaza tol tersebut sehingga 31 Dis ini,” katanya.

Beliau berkata sejak Julai lepas, PLUS telah berjaya menjual lebih 150,000 kad Touch’n Go dan menjangkakan jualan itu akan meningkat lagi selepas pelaksanaan ETC nanti. – BERNAMA

Tags: Tol
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Kenaikan Tol 10 Konsesi Lebuh Raya – Fahmi

Tiada Kenaikan Tol 10 Konsesi Lebuh Raya – Fahmi

18/12/2025
0

Kuala Lumpur: Mesyuarat Jemaah Menteri semalam telah memutuskan tiada kenaikan tol bagi 10 konsesi lebuh raya untuk 2026, kata Menteri...

‘Adakah Kerajaan Negeri, Pusat Luluskan Kutipan Tol Di Jalan Genting Highlands Oleh Pihak Swasta?’ – MCW

‘Adakah Kerajaan Negeri, Pusat Luluskan Kutipan Tol Di Jalan Genting Highlands Oleh Pihak Swasta?’ – MCW

14/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Jalan raya yang digunakan orang awam tidak boleh dikenakan tol secara unilateral oleh pihak swasta, kata Presiden Pemerhati...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd