• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dakwaan Jalur Gemilang Diarak Terbalik Tidak Berasas

oleh Ahmad Albab
03/09/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dakwaan pengguna netizen bahawa Jalur Gemilang diarak secara ‘terbalik’ pada sambutan Hari Kebangsaan 2015 di Dataran Merdeka semalam adalah tidak berasas dan sepatutnya tidak berlaku, kata pakar kenegaraan.

Dekan Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Zaid Ahmad berkata netizen dinasihatkan agar tidak membuat kesimpulan mudah berdasarkan pandangan sendiri, sebaliknya mendapatkan maklumat daripada sumber yang sah, terutama berkaitan hal kenegaraan serta melibatkan protokol.

“Tidak ada yang salah tentang kedudukan bendera semasa perarakan itu, kerana ia merupakan protokol pengendalian sistem dan nilai sesebuah negara,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Zaid berkata, kesedaran orang ramai yang ingin tahu tentang perkara protokol adalah bagus, tetapi perlu juga ada kesedaran untuk mendapatkan maklumat yang tepat.

Pensyarah Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan UPM itu berkata, isu itu seolah-olah sengaja dibangkitkan pihak tidak bertanggungjawab sedangkan ia tidak sepatutnya disebarkan sehingga menjadi viral di laman sosial, yang akan mengakibatkan salah faham.

“Masyarakat perlu tahu bahawa perkara melibatkan protokol adalah amat sensitif dalam kalangan pasukan beruniform seperti polis dan tentera. Maka rujuklah maklumat terlebih dahulu di Bahagian Istiadat, Jabatan Perdana Menteri atau Bahagian Istiadat Tentera,” katanya.

Perarakan Jalur Gemilang oleh pasukan beruniform di hadapan pentas utama pada acara perarakan dan perbarisan bersempena sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka semalam dilihat seolah-olah dibawa secara ‘terbalik’ sedangkan ia merupakan protokol yang betul berkaitan perarakan bendera.

Sementara itu Jabatan Penerangan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) melalui portal rasminya, ada mengemukakan penjelasan yang boleh dikaitkan dengan isu tersebut.

Menurut portal itu bendera yang diarak pada hari kebangsaan semalam sebenarnya tidak dibawa secara terbalik.

Sebaliknya mengikut protokol pengendalian dalam mana-mana program rasmi kedudukan bendera yang dibawa secara terbentang dengan bahagian kepala bendera diusung mendahului perarakan mengikut arah kibaran bendera (pergerakan bendera).

Berbeza jika kedudukan bendera pada dinding bangunan atau objek yang statik iaitu sama ada dilukis pada dinding atau digantung, bahagian bulan bintang (kepala bendera) hendaklah terletak di sebelah kiri (dipandang dari hadapan). – BERNAMA

Tags: jalur gemilang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Buka Kertas Siasatan Bendera Jalur Gemilang Dipasang Terbalik

Polis Buka Kertas Siasatan Bendera Jalur Gemilang Dipasang Terbalik

27/10/2025
0

JALUR GEMILANG DIPASANG TERBALIK DI PEKAN NANAS: POLIS PONTIAN JALANKAN SIASATAN   PONTIAN – Polis Diraja Malaysia (PDRM) Ibu Pejabat...

Lagi Jalur Gemilang Dipasang Terbalik

Lagi Jalur Gemilang Dipasang Terbalik

20/08/2025
0

JOHOR BAHRU: Lagi insiden pemasangan Jalur Gemilang secara terbalik dikesan di sebuah klinik pergigian swasta dipercayai berlaku di daerah Pontian....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd