• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agihkan Pendapatan Liga M Secara Adil – Khairy

oleh Ahmad Albab
27/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pendapatan diperoleh melalui penyiaran perlawanan Liga Malaysia (Liga M) perlu diagih-agihkan dengan lebih adil kepada negeri dan kelab yang terlibat dalam liga berkenaan, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata formula hak penyiaran itu haruslah dibincangkan bersama-sama anggota gabungan iaitu Persatuan Bola Sepak Negeri dan kelab terlibat dalam liga itu selaras dengan peningkatan jumlah penajaan yang begitu tinggi bagi musim depan.

“Ini saya serah kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk putuskan. Saya hanya dapat sarankan sahaja,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan larian Walk-a-Mile ke-14 bersempena Sambutan Hari Jantung Sedunia, di Taman Tasik Perdana di sini hari ini.

Khairy diminta mengulas catatan Facebook Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa yang meluahkan rasa kecewa berhubung pembahagian kutipan Piala FA oleh FAM.

Annuar dalam catatan 25 Sept lepas menyatakan rasa tidak puas hati apabila daripada RM3 juta hasil jualan tiket, tidak termasuk tajaan dan hak penyiaran, Kelantan hanya menerima RM600,000, sedangkan pasukan itu membantu menjual 90 peratus daripada tiket.

Ogos lepas, FAM melantik MP & Silva sebagai rakan kongsi baharu bagi pengurusan saingan Liga-M musim hadapan. Menerusi penubuhan Kerjasama Liabiliti
Bola Sepak Malaysia Berhad (FMLLP), ia dijangka memberi pendapatan lumayan bernilai RM1.26 bilion dalam tempoh 15 tahun, bermula 2016 kepada badan induk bola sepak itu.

Dalam perkembangan berkaitan, Penaung Diraja Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim meminta semua pasukan bertanding dalam Liga-M memperjuangkan hak penyiaran masing-masing sebelum menerima cadangan FAM menswastakan liga berkenaan.

Sementara itu, Khairy menyifatkan keputusan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) dan Majlis Sukan Negara (MSN) melantik Zainal Abas sebagai ketua jurulatih olahraga kebangsaan yang baharu, satu keputusan tepat.

Berbekalkan pengalaman luas sebagai jurulatih pelapis di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) sebelum ini, beliau yakin Zainal mampu mengembalikan semula kegemilangan sukan olahraga yang pernah menyumbang bilangan pingat terbesar dalam Sukan SEA pada suatu masa dahulu.

“Kita pernah menang puluhan pingat emas pada 1989, 2000, di mana kita dikatakan kuasa paling besar dalam olahraga. Kita tak ada banyak masa namun kita ada beberapa bakat yang kita boleh bangunkan dan sediakan untuk Sukan SEA 2017,” katanya.

Khairy berkata pihaknya juga akan membincangkan masa depan Pengarah Teknikal Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) Robert J. Ballard dan akan diberi tugas baharu di Institut Sukan Negara (ISN).

Ballard, yang dilantik oleh MSN pada Februari tahun lepas untuk meningkatkan prestasi dan mengembalikan kegemilangan sukan olahraga di negara ini, dikatakan tidak mempunyai hubungan baik dengan pucuk kepimpinan KOM.

Sukan olahraga sekadar meraih tiga pingat emas, dua pingat perak dan sembilan gangsa pada temasya Sukan SEA 2015 di Singapura. – BERNAMA

 

Tags: Khairy JamaluddinLiga Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd