• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jerebu: 9 Kawasan Catat IPU Tidak Sihat Pada Tengah Hari

oleh Ahmad Albab
30/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kualiti udara akibat jerebu yang mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat meningkat kepada sembilan kawasan pada tengah hari ini.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), setakat pukul 1 tengah hari, satu lagi kawasan baharu mencatat IPU tidak sihat iaitu Kemaman di Terengganu dengan bacaan 104 berbanding 97 pada pukul 10 pagi tadi.

Sementara itu, Larkin Lama di Johor mencatat bacaan IPU tidak sihat paling tinggi iaitu 131 setakat ini, diikuti Balok Baru, Kuantan (123).

Pasir Gudang di Johor pula mencatat bacaan 118, Bandaraya Melaka (117), diikuti Bukit Rambai, Melaka (113), Muar, Johor (111), Indera Mahkota, Kuantan (110) dan Samarahan, Sarawak (101).

Sebanyak 28 kawasan pula mencatat bacaan sederhana termasuk Kota Tinggi, Johor (94), Paka, Terengganu (92) dan Kuching, Sarawak (88) manakala Sibu dan Sarikei di Sarawak masing-masing mencatat 84 dan 82.

Selain itu, 13 kawasan mencatat IPU baik, antaranya Tawau, Sabah dan SK Jalan Pegoh, Ipoh masing-masing mencatat bacaan 50, Jalan Tasek, Ipoh (44), SMK Tanjung Chat, Kota Bharu (42), Kampung Air Putih, Taiping (40), USM dan Perai di Pulau Pinang serta Seri Manjung, Perak (39).

IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa. – BERNAMA

Tags: Jerebu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan Diaktifkan

Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan Diaktifkan

04/03/2025
2

PUTRAJAYA: Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan (PTPTK) sudah diaktifkan bagi membolehkan semua pihak meningkatkan pemantauan terhadap pembakaran terbuka yang boleh...

Hamas Lancar Serangan Balas Terbesar, Bedil 5,000 Roket Ke Atas Israel

Sekolah Ditutup Jika IPU Capai 200

07/10/2023
0

GEORGE TOWN: Sekolah-sekolah boleh ditutup sekiranya situasi jerebu semakin teruk di kawasan masing-masing dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencapai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd