Monday, May 13, 2024

Creating liberating content

Iklan Binaan Kubur Kaler...

SEORANG pengguna Facebook menerima reaksi bercampur daripada pelbagai pihak apabila memuat naik gambar kubur berwarna...

Trafik Bergerak Lancar Di...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara dilaporkan lancar...

WHO Beri Amaran Coronavirus...

GENEVA - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan virus baharu yang ditemui di China,...

Yayasan Al-Basar Akan Bina...

ADDIS ABABA - Yayasan Antarabangsa Al-Basar, sebuah organisasi bukan kerajaan, yang berpangkalan di...

3 Rakan Dipenjara Seumur Hidup Dan Disebat Kes Culik

KUALA LUMPUR – Tiga rakan dihukum penjara seumur hidup dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah menculik seorang budak lelaki warga Belanda, di hadapan Mont Kiara International School, tiga tahun lalu.

Hakim Kamardin Hashim menjatuhkan hukuman itu terhadap Chong Tat Siong, 27, Foong Khar Fai, 22, dan Lee Phak Seng, 27, selepas berpuas hati keterangan pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

“Mahkamah telah membuat pertimbangan maksimum secara keseluruhan keterangan yang dikemukakan kedua-dua pihak. Mahkamah mendapati pendakwaan berjaya membuktikan pertuduhan terhadap ketiga-tiga tertuduh melampaui sebarang keraguan munasabah,” kata Kamardin.

Hakim itu berkata sebelum menjatuhkan hukuman, mahkamah mengambil kira faktor kepentingan awam iaitu jenayah yang dilakukan tertuduh adalah serius di negara ini selain faktor mitigasi, mangsa dalam kes itu berada dalam keadaan baik malah diberikan makan dan minum serta alat permainan semasa kejadian tersebut.

Katanya, negara Belanda merupakan sebuah negara sivil yang tidak mengenakan hukuman mati tetapi secara puratanya menjatuhkan penjara sekurang-kurangnya 11 tahun bagi kesalahan menculik dan membunuh.

“Saya mengambil contoh ini adalah kerana mangsa merupakan warga Belanda. Tetapi di negara ini (Malaysia), kesalahan (menculik) adalah serius dan hanya dua pilihan hukuman sama ada tertuduh dihukum gantung atau penjara seumur hidup dan boleh dikenakan sebatan.

“Selepas menimbang secara keseluruhan, saya menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup berkuat kuasa dari tarikh tangkap dan enam sebatan terhadap setiap tertuduh,” katanya.

Chong ditangkap pada 7 Mei 2012, Foong pula pada 8 Mei 2012 dan Lee pada 10 Mei 2012.

Chong yang merupakan penjual telefon bimbit, Foong pula tidak mempunyai pekerjaan tetap manakala Lee bekerja sebagai ‘bookie’, didakwa menculik budak lelaki itu yang ketika itu berumur 12 tahun di hadapan Mont Kiara International School, Jalan Kiara 1, Mont Kiara, pada 7.30 pagi, 27 April 2012.


Mereka didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Colek 1961 yang membawa hukuman gantung atau penjara seumur hidup dan sekiranya dikenakan penjara tersebut boleh dikenakan sebat.

Seramai 29 saksi pendakwaan dipanggil dan lima saksi pembelaan termasuk ketiga-tiga tertuduh memberi keterangan sepanjang perbicaraan yang bermula 15 April 2013.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Nordin Ismail manakala Chong diwakili peguam Rajinder Singh serta Foong dan Lee, masing-masing diwakili Datuk Hanif Hashim serta K.T. Wong.

Terdahulu dalam rayuan ketiga-tiga tertuduh yang dikemukakan peguam, masing-masing memohon hukuman penjara atas alasan faktor umur yang masih muda dan ini merupakan kesalahan pertama mereka.

“Ketiga-tiga mereka melakukan kesalahan tersebut selepas dipengaruhi seorang suspek utama yang masih bebas dikenali sebagai ‘Thomas’ selain mangsa tidak mengalami kecederaan fizikal dan mental,” katanya.

Pendakwaan pula berhujah bahawa walaupun mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal dan mental, mahkamah perlu mengambil kira kesan trauma yang dialami mangsa dan keluarga sehingga kini.

Katanya, ketika kejadian mangsa berumur 12 tahun dan ditinggalkan berseorangan di sebuah hentian rehat di Rawang dengan dibekalkan wang RM50.

Mangsa kini telah pulang ke Belanda bersama bapanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori