• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1MDB: Suami Dedah Umie Aida Mahu Berpisah Jika Belot

oleh AK-47
26/09/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPERTI umum mengetahui, suami kepada aktres Datin Seri Umie Aida, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan merupakan antara individu yang sering mengasak dalam isu berkenaan syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ekoran itu, atas nama kebenaran, Umie Aida rela berpisah dengan suaminya jika mendapati Khairuddin belot dalam perjuangan berhubung kontroversi 1MDB.

2 3

Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh suaminya, Khairuddin yang juga bekas naib ketua UMNO Bahagian Batu Kawan di Pulau Pinang.

Menurut Khairuddin, Umie bertindak demikian bagi memastikan beliau tidak tunduk atau ‘termakan’ pelbagai habuan yang ditawarkan supaya menarik balik laporan yang dibuatnya sejak tahun lalu.

“Umie pernah kata kepada saya, jika ada sesiapa tawarkan kebendaan, wang ringgit dan sebagainya untuk saya tarik balik laporan polis dan kalau saya terima, mungkin dia akan tinggalkan saya.

“Selama saya terbabit dalam isu ini juga, isteri saya tidak pernah berhenti memberi semangat untuk saya teruskan perjuangan ini sampai selesai.

“Andai kata dia dapati saya belot atau lari daripada perjuangan ini, dia ugut akan tinggalkan saya,” kata Khairuddin mengulangi kata-kata pelakon itu kepada mStar Online.

Pada masa yang sama, Khairuddin akui berasa amat bersyukur dan kagum dengan ketabahan isterinya itu mengharungi pelbagai dugaan dan tekanan.

Terdahulu, Khairuddin diisytiharkan muflis termasuk akaun banknya dibekukan serta rumah yang didiami mereka melalui cubaan untuk dilelong.

“Kesetiaan dan pendirian dia amat saya kagum dan tak sangka dia sekuat itu dalam hadapi dugaan kami pada masa ini walaupun dia memang tak sukakan politik.

“Dia cukup tabah. Sebagai orang seni mulanya saya takut keadaan ini jadi culture shock kepada dia, tapi rupa-rupanya dia lebih kuat daripada saya,” katanya.

Beliau malah terharu dengan pengorbanan isterinya yang sanggup bersusah payah mencari sumber kewangan untuk menampung keluarga mereka.

– MYNEWSHUB.CC

Sumber: mStar Online

Tags: 1MDBUMIE AIDA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sheikh Umar Beri Peringatan, UMNO Johor Masih Sokong Najib Razak

Sheikh Umar Beri Peringatan, UMNO Johor Masih Sokong Najib Razak

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali memberi peringatan kepada rakyat Johor bahawa UMNO Johor masih...

PRN Johor: Sheikh Umar Dikritik Bangkit Semula Isu 1MDB

PRN Johor: Sheikh Umar Dikritik Bangkit Semula Isu 1MDB

16/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali menerima kritikan netizen selepas membangkitkan semula isu 1MDB menjelang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd