• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Temui Bapa Selepas Dokumentasi Gelandangan

oleh AK-47
24/08/2015
dalam Hangat
1
Share on FacebookShare on Twitter

SELEPAS bertahun-tahun berpisah, seorang wanita akhirnya menemui bapanya yang telah hilang satu ketika dahulu sebagai gelandangan.

Diana Kim, seorang jurugambar yang berpangkalan di Hawaii telah menjalankan sebuah projek mengenai gelandangan terkejut selepas mendapati bapanya adalah salah seorang daripada mereka selepas 10 tahun mendokumentasikan projek tersebut.

father-homeless-paradise-diana-kim-4

Wanita berusia 30 tahun itu tinggal bersama-sama rakan dan saudara-maranya selepas ibu bapa mereka bercerai dan terputus hubungan dengan bapanya yang hilang secara tiba-tiba.

Menurut sumber, Diana mula menangkap gambar insan gelandangan sejak tahun pertama dia menuntut di kolej kerana dia memahami kehidupan sebagai seorang gelandangan yang sentiasa disisih serta ditinggalkan.

father-homeless-paradise-diana-kim-10

Bakat serta kemahirannya dalam bidang fotografi ini sebenarnya diwarisi daripada bapanya sendiri yang melatih Diana sejak kecil.

Pada tahun 2003, Diana telah menjalankan satu projek mengenai gelandangan dan pada tahun 2012, dia mendapati bapanya adalah salah seorang daripada gelandangan ketika dia mendokumentasikan projek itu di Honolulu.

Dia cuba mendekati dan menegur bapanya namun lelaki terbabit langsung tidak mengenalinya tetapi itu tidak membuatkan Diana berputus asa.

father-homeless-paradise-diana-kim-15

Walaupun dihuni dengan kisah silam yang kelam, dalam tempoh dua tahun berikutnya Diana tetap berusaha memujuk serta cuba mengubah kehidupan bapanya namun masih ditolak dan tidak diendahkannya.

Bapanya dikatakan menghidap Schizophrenia atau penyakit yang berkaitan dengan minda seseorang telah menjadi lebih teruk kerana tidak dirawat.

Walaubagaimanapun lelaki terbabit terpaksa akur dengan usaha Diana selepas dia diserang sakit jantung pada Oktober 2014.

father-homeless-paradise-diana-kim-12

Berkat kasih sayang dan kegigihan Diana itu, bapanya kini kembali sihat dan menjalani kehidupan normal seperti dahulu.

Diana sangat kagum dengan perkembangan yang ditunjukkan dan berbangga dengan semangat baru yang diazamkan oleh bapanya.

father-homeless-paradise-diana-kim-19

father-homeless-paradise-diana-kim-5

Lelaki terbabit dikatakan sedang giat mencari pekerjaan baru serta merancang untuk pulang ke Korea Selatan bagi menziarahi saudara-maranya yang lain. – Agensi/MYNEWSHUB.CC

dianakim10

father-homeless-paradise-diana-kim-17

Tags: Bapagelandanganibu-bapajurufotolelakiWanita
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Gambar Jentera Wanita BN-PN Berjalan Seiring Raih Sokongan Netizen

Gambar Jentera Wanita BN-PN Berjalan Seiring Raih Sokongan Netizen

27/07/2026
0

SEREMBAN – Gambar memaparkan jentera Wanita Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) berganding bahu dalam kempen Pilihan Raya Negeri...

Berkempen Seorang Diri Demi BN, Gambar Lelaki Ini Menyentuh Hati Ramai

Berkempen Seorang Diri Demi BN, Gambar Lelaki Ini Menyentuh Hati Ramai

15/07/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Sekeping gambar memaparkan seorang lelaki berdiri sendirian di tepi jalan sambil memegang plakad Barisan Nasional...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd