• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Parah Kereta Jatuh Dari Tingkat Tiga Parkir

oleh Ahmad Albab
14/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Seorang wanita cedera parah apabila kereta yang dipandunya merempuh dinding dan terjunam dari tingkat tiga tempat letak kereta bertingkat di Taman Pekaka, di sini Jumaat.

Kenderaan yang dipandu M Latchumani, 30-an, dikatakan hilang kawalan dan melanggar tiang sebelum merempuh dinding bangunan parkir itu menyebabkan kereta Myvi yang dipandunya jatuh dari bangunan tersebut.

Kejadian pada pukul 12.30 tengah hari itu menyebabkan wanita berkenaan tersepit dalam keretanya dan terpaksa dikeluarkan oleh anggota bomba, kata jurucakap Bomba dan Penyelamat negeri di sini.

Beliau berkata wanita itu ditemui tidak sedarkan diri di dalam keretanya dan diberikan rawatan kecemasan awal oleh seorang yang kebetulan berada di tempat kejadian.

“Bomba mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaannya. Mangsa yang kritikal dan tidak sedarkan diri itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang,” katanya.

Saksi kejadian, Junidah Razak, 38, berkata ketika kejadian beliau baru mengambil anaknya dari sebuah tadika berhampiran.

“Tiba-tiba, saya terdengar bunyi dentuman. Saya sangka benda jatuh, tetapi amat terkejut apabila ternampak sebuah kereta terjatuh dan terbalik di kawasan bawah bangunan parkir itu.

“Kejadian itu menyebabkan orang ramai yang berada di kawasan itu menjerit ketakutan,” katanya.

Beliau berkata beberapa penduduk cuba mengeluarkan wanita yang tersepit di dalam kereta itu tetapi tidak berjaya. – BERNAMA

 

Tags: Wanita
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hospital Sultanah Aminah Perketat Kawalan Keselamatan, Semak Identiti Kakitangan di Pintu Masuk

Hospital Sultanah Aminah Perketat Kawalan Keselamatan, Semak Identiti Kakitangan di Pintu Masuk

24/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memperketatkan kawalan keselamatan sedia ada berikutan insiden seorang wanita menyamar sebagai...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd