• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Parah Ditetak Ketika Pujuk Suami Di Pendang

oleh Ahmad Albab
20/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENDANG – Seorang wanita cedera parah di tangan kanan akibat ditetak suaminya dengan sebilah parang di Kampung Kubang Pisang, Mukim Rambai di sini petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, Syafinaz Gozali, 27, patah tangan dan putus urat tangan ketika cuba memujuk suaminya yang berkurung dalam bilik sejak dua hari lepas.

Ibu suspek Sharipah Abdul Wahad, 49, berkata menantunya yang kini tidak tinggal sebumbung dengan suspek, datang ke rumah kira-kira pukul 12 tengah hari bertujuan untuk memujuk suaminya keluar dari bilik tidur.

Katanya ketika kejadian, anak sulung daripada empat beradik itu dikatakan mengamuk dengan membakar pakaian dalam bilik tidurnya sebelum keluar ke dapur untuk mengambil parang dan menetak isterinya.

“Mungkin dia tertekan selepas isterinya mengambil anak lelaki berusia setahun sejak dua bulan lepas sehingga bertidak sedemikian,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pendang, DSP Fadzil Hashim ketika dihubungi berkata suspek berusia 27 tahun ditahan di rumahnya kira-kira pukul 5 petang semalam bagi membantu siasatan.

Katanya suspek yang mempunyai rekod berkaitan dadah disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Mangsa yang tinggal di Bukit Lada, Pokok Sena kini dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini. – BERNAMA

Tags: ditetakWanita
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

18/06/2026
0

KLUANG - DAP mengumumkan akan bertanding di 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor mewakili Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan...

Berang Dibunyikan Hon, Lelaki Tetak Penunggang Motosikal Guna Pisau Pemotong Daging

Berang Dibunyikan Hon, Lelaki Tetak Penunggang Motosikal Guna Pisau Pemotong Daging

12/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  SHAH ALAM – Tindakan seorang penunggang motosikal membunyikan hon dipercayai kerana laluan dihalang bertukar menjadi insiden berdarah apabila...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd