Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

Gerai Mi Tonggek ‘Ulat’...

PETALING JAYA – Sebuah gerai menjual mi tonggek di bazar Ramadan Putrajaya diarahkan...

TNB Nafi Terima Arahan...

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyangkal dakwaan awam kononnya menerima arahan...

Fezrul Khan Tak Berbaju,...

DUDA anak satu, Fezrul Khan yang lama menyepi daripada sebarang kisah kontroversi baru-baru...

Pengawal Selia Sektor Bertemu...

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) telah mengadakan mesyuarat jawatankuasa khas baru-baru...

Wanita Meroyan Di Khalayak, Putus Cinta Melalui Mesej

SIAPA yang tak meroyan kalau sudah bertahun-tahun menjalinkan hubungan cinta bersama pasangan namun akhirnya terpaksa berpisah.

Itulah yang berlaku kepada seorang wanita di China ini, jelas kelihatan aksi dan tindakannya itu tidak dapat menerima keputusan kekasihnya yang mahu hubungan mereka berakhir.

Apa yang lebih memeritkan bagi wanita tersebut, kata putus kekasihnya itu dibuat melalui mesej yang dihantar menggunakan aplikasi Wechat ketika wanita itu berada di Hong Kong.

wm1

Wanita terbabit yang dikatakan tinggal di Guandong telah menerima mesej tersebut lalu meroyan di tengah-tengah jalan Tsim Sha Tsui yang dipenuhi orang ramai.

Aksinya telah dirakam oleh orang ramai, dia dilihat telah melambung-lambungkan kakinya sambil terbaring di atas jalan seperti kanak-kanak.

wm

wm5

“26 tahun ! Dalam mimpi saya nampak kamu! Walaupun saya di sini tapi jiwa saya di rumah, cinta hati saya di rumah,” jerit wanita itu.

“Saya kata jangan ganggu saya, mengapa kamu ganggu saya. Saya mahu tangisinya. Tuhan! Bantu saya.

“Sesiapa tolong pukul saya sampai mati. Saya sudah kenal dia 26 tahun! Kamu semua faham tak? Kamu semua tak guna,” teriaknya lagi.


Rata-rata netizen yang lalu-lalang di situ cuba untuk memujuk serta membantunya namun tidak diendahkannya.

wm4

Walaubagaimanapun, media tempatan melaporkan wanita terbabit baru berusia 24 tahun dan dakwaannya yang menyatakan dia telah mengenali kekasihnya selama 26 tahun itu masih tidak jelas.

Namun, kekecewaan wanita itu terhenti selepas pihak polis tiba di tempat kejadian dan dia akhirnya dibawa ke hospital.  – Agensi/MYNEWSHUB.CC

wm6

 

Video wanita meroyan selepas putus cinta melalui laman aplikasi Wechat

https://www.youtube.com/watch?t=60&v=D3OAeEudPpw

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori