• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Menangis Dijatuhi Hukuman Penjara Kerana Miliki Rokok Seludup

oleh Ahmad Albab
27/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang wanita menangis teresak-esak selepas dijatuhi hukuman penjara tiga hari dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, Khmis atas kesalahan memiliki rokok seludup.

Pemilik kedai runcit, Aminah Bebe Abdul Rahman, 37, yang mengaku bersalah melakukan kesalahan itu mula menangis ketika membuat rayuan kepada Majistret Ashraf Rezal Abdul Manan supaya hukuman terhadapnya diringankan.

“Tolong jangan penjara saya Tuan. Saya minta maaf. Saya menyesal. Saya janji tak ulangi lagi kesalahan ini,” rayu Aminah Bebe di dalam kandang tertuduh sehingga terpaksa ditenangkan Majistret Ashraf Rezal.

Majistret Ashraf Rezal memerintahkan Aminah Bebe menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia tangkap pada 25 Ogos lepas dan sekiranya gagal membayar denda, dia perlu menjalani hukuman penjara enam tahun.

Aminah Bebe didakwa memiliki 3,380 batang (181 paket) pelbagai jenis rokok dilarang import bernilai RM426.80 tidak termasuk cukai RM1,871.66 di sebuah premis perniagaan di Flat Sri Sabah, Batu 3 1/2 Cheras, di sini kira-kira 9.15 malam pada Selasa lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 yang memperuntuk hukuman denda maksimum RM8,536 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Ketika rayuan, Aminah Bebe yang tidak diwakili peguam, memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan kerana mempunyai anak berusia lapan bulan, menghidap penyakit darah tinggi dan menjaga ibu yang sakit.

Pegawai Pendakwa daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia Mohd Hatta Safar memohon hukuman setimpal kerana perbuatan itu merugikan negara ekoran tiada cukai yang dibayar. – BERNAMA

 

Tags: PenjaraRokok
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

22/01/2026
0

Melaka: Ejen sindiket pemalsuan dokumen warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas...

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

18/12/2025
0

MOSCOW: Sebuah mahkamah yang dikawal Russia di Donetsk, Ukraine, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun terhadap seorang warga Britain...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd