• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tony Pua, Kitar Semula Tuduhan, Kata Arul Kanda

oleh Ahmad Albab
15/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tuduhan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara, Tony Pua adalah yang dikitar semula, kata Presiden dan Pengarah Eksekutifnya, Arul Kanda.

“Kami perhatikan YB Tony Pua sekali lagi mengitar semula pelbagai tuduhan yang hakikatnya telah dijawab 1MDB sejak Januari 2015 menerusi 48 kenyataan akhbar yang boleh diakses mudah di laman web kami,” katanya.

Selain itu, katanya, Ketua Audit Negara telah membentangkan laporan awal yang menjawab banyak soalan yang dibangkitkan, pada awal Julai 2015 kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Kebetulan Pua sendiri merupakan ahli jawatankuasa tersebut, malah PAC sendiri komited untuk mengeluarkan laporan akhir berkenaan isu 1MDB pada penghujung 2015.

Pua sudah pastinya menyedari bahawa 1MDB adalah syarikat yang paling disiasat di Malaysia, kata Arul Kanda dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

“Kami telah berkongsi dan akan terus berkongsi, semua maklumat relevan kepada pihak berkuasa yang menjalankan siasatan seperti Ketua Audit Negara, Peguam Negara, Bank Negara Malaysia, PDRM (Polis Diraja Malaysia), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan PAC,” kata beliau.

Arul Kanda bahkan berkata siasatan menyeluruh, bebas dan profesional ini merupakan forum yang sewajarnya untuk menentukan kebenaran tentang 1MDB.

Perbicaraan media tertentu atau ahli politik pembangkang tertentu, di luar proses dan keperluan undang-undang, tidak akan memberi manfaat kepada sesiapa, katanya, sambil menambah 1MDB amat menumpukan kepada pelaksanaan pelan rasionalisasinya yang sedang berjalan lancar meskipun tuduhan dikitar semula oleh Pua.

“Kami komited untuk menstabilkan syarikat, melangsaikan hutang kami dan menyediakan projek strategik yang penting kepada negara: Tun Razak Exchange, Bandar Malaysia and Edra Energy Bhd,” katanya. – BERNAMA

 

Tags: Tony Pua
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Guan Eng, Tony Pua Dakwa Tiada Keperluan Bina Stesen Bersaiz MRT bagi Projek LRT

Guan Eng, Tony Pua Dakwa Tiada Keperluan Bina Stesen Bersaiz MRT bagi Projek LRT

02/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Rasionalisasi yang dilaksanakan terhadap projek LRT3 semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH) antara tahun 2018 hingga 2020 mendapati...

Dakwa Kos LRT3 Terpaksa Dikurangkan Kerana Negara Banyak Hutang ‘Tersembunyi’, 1MDB

Dakwa Kos LRT3 Terpaksa Dikurangkan Kerana Negara Banyak Hutang ‘Tersembunyi’, 1MDB

02/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan bekas penasihatnya, Tony Pua mendakwa projek LRT3 tidak pernah dihentikan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd