• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Perlis Sahkan 24 Rangka Manusia Ditemui Di Bukit Wang Burma

oleh Ahmad Albab
23/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Ketua Polis Perlis SAC Shafie Ismail mengesahkan penemuan 24 rangka manusia lengkap dikafan dari 18 kubur, dipercayai mangsa sindiket pemerdagangan manusia di Bukit Wang Burma, di Wang Kelian semalam.

Semua 24 rangka tersebut dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar pada 7.50 petang semalam untuk dirujuk kepada pakar patologi, katanya.

Beliau yang dihubungi hari ini berkata pihak berkuasa menemui 20 kubur, tetapi 18 kubur sahaja mengandungi rangka manusia.

“Hujan lebat dipercayai menghakis kubur tersebut yang membawa kepada penemuan rangka mayat itu,” tambahnya.

Beliau berkata difahamkan 20 kubur tersebut lebih lama daripada kubur yang ditemui Mei lepas dan kedudukannya pula hampir ke puncak bukit namun tidak jauh dari tempat penemuan lama.

Shafie berkata penemuan itu dibuat oleh sepasukan 15 pegawai dan 108 anggota Polis Diraja Malaysia yang terdiri daripada Pasukan Gerakan Am; Bahagian Forensik, Jabatan Siasatan Jenayah; Unit Pencegah Penyeludupan; Cawangan Khas dan pegawai penyiasat.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar malam tadi mengesahkan penemuan beberapa buah kubur lagi di kawasan sempadan Perlis dan Thailand.

Beliau berkata kubur-kubur itu “adalah sebahagian daripada penemuan yang asal.”

Pada Mei lepas, pasukan keselamatan menemukan 139 kubur mengandungi 106 rangka mangsa pemerdagangan manusia di Bukit Wang Burma.

Pihak berkuasa agama Islam Kedah dengan bantuan Majlis Keselamatan Negara telah mengebumikan 99 daripada mayat mangsa yang ditemui itu di Tanah Perkuburan Islam Khairiah Kampung Tualang, Pokok Sena baru-baru ini. – BERNAMA

 

Tags: MayatPerlis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Nur Izzati Humaira Ditemui Di Kawasan Kebun, 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat

Mayat Nur Izzati Humaira Ditemui Di Kawasan Kebun, 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Mayat remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai tersesat ketika menuruni Bukit Asa, Hulu Bernam, Selangor di...

Mufti Perlis Ulas Kes NGO Didakwa Seleweng Dana Zakat

Mufti Perlis Ulas Kes NGO Didakwa Seleweng Dana Zakat

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin tampil memberi ulasan berhubung kes sebuah badan bukan kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd