• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, November 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perogol, Pembunuh Kejam Dijel 359 Tahun

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ANCHORAGE (Amerika Syarikat) – Seorang lelaki yang memperkosa seorang kanak-kanak berusia dua tahun dan kemudian membunuh kedua-dua moyang mangsa dijatuhi hukuman penjara 359 tahun.

Akhbar Alaska Dispatch News melaporkan, Jerry Active, 26, tetap berkata dia tidak bersalah ketika hakim membacakan hukuman ke atasnya.

Lelaki itu didapati bersalah membunuh Touch Chea, 61, dan isterinya Sorn Sreap, 73, di kediaman mereka di Anchorage pada Mei 2013.

Dia juga merogol Sorn dan cicit pasangan itu dalam satu serangan yang disifatkan pasukan polis Alaska sebagai ‘paling keji dan zalim pernah mereka hadapi sepanjang karier mereka.’

Selain tuduhan membunuh, merogol dan mencabuli kanak-kanak, Active turut dituduh merompak.

Selain itu, polis turut mendakwa lelaki berkenaan menyerang seorang wanita berusia 90 tahun yang meninggal dunia Jun lalu.

Active dibebaskan dari penjara beberapa jam sebelum menyerang keluarga Chea dua tahun lalu.

Dia dibebaskan selepas menjalani sebahagian daripada hukuman penjara tujuh tahun kerana mengaku bersalah merompak sebuah rumah pada 2009.

Bercakap ketika menjatuhkan hukuman itu, Hakim Mahkamah Agung Anchorage Philip Volland berkata kepada Active: “Kekejaman kamu akan meninggalkan parut pada masyarakat di sini. Perbuatan kamu itu terlalu kejam dan tidak boleh diterima akal.” – Agensi

https://www.youtube.com/watch?v=RlPEyXuEelU

Tags: kes rogolPenjara
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jasa Ratusan Tahun Sekalipun Bukan Alasan Menyakau Merompak Harta Rakyat, Pelaku Rasuah Tempatnya Di Penjara – PMX Anwar

Jasa Ratusan Tahun Sekalipun Bukan Alasan Menyakau Merompak Harta Rakyat, Pelaku Rasuah Tempatnya Di Penjara – PMX Anwar

11/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jasa seseorang individu walaupun selama ratusan tahun tidak boleh dijadikan...

Pemandu Teksi Sedih Anwar Dipenjarakan

Pemandu Teksi Sedih Anwar Dipenjarakan

03/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimbau kembali detik sukar yang pernah dilaluinya, tetapi golongan pemandu teksi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd