• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perkeso Tidak Lindungi Pekerja Sertai Bersih 4.0

oleh Ahmad Albab
28/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARAN – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) tidak akan melindungi pekerja yang ditimpa kemalangan ketika menyertai perhimpunan Bersih 4.0 yang diadakan esok dan Ahad ini di ibu negara.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib berkata, perhimpunan tersebut telah pun diharamkan oleh pihak polis dan menjadi satu kesalahan jika ada pekerja yang didapati menyertainya secara sukarela.

“Berdasarkan undang-undang yang ditetapkan, Perkeso hanya melindungi pekerja yang terbabit dalam kemalangan ketika bekerja selain ditimpa kecelakaan dalam perjalanan pergi serta pulang ke tempat kerja masing-masing.

“Melainkan jika mereka ditugaskan atau terperangkap dalam perhimpunan, itu kita akan lihat menerusi akta Perkeso.

“Jika mereka sengaja menyertai perhimpunan haram itu, Perkeso tidak akan melindunginya walaupun berada dalam waktu bekerja,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan kepada bakal jemaah haji, pelajar yang akan melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi dan bantuan cermin mata kepada pelajar miskin serta warga emas dalam Parlimen Maran di sini hari ini.

Ismail dalam pada itu turut menegaskan pihak kementerian juga akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pegawai atau kakitangan kementerian tersebut yang didapati menyertai perhimpunan haram berkenaan.

“Saya nasihatkan kepada semua jangan sertai perhimpunan itu…banyak lagi perkara berfaedah yang boleh dilakukan,” katanya.

Dalam pada itu mengulas mengenai isu pemberhentian 300 pekerja Naza Automotive Manufacturing di Gurun, Kedah yang tersebar di laman sosial, Ismail berkata, pihaknya masih belum menerima laporan berhubung perkara itu.

“Kami akan teliti dahulu laporan mengenainya (sebaik laporan diterima) dan akan ambil tindakan sewajarnya kepada pekerja yang diberhentikan itu.

“Kebiasaannya pihak kementerian akan membantu mereka dengan menambah kemahiran baharu menerusi kursus tertentu bagi memastikan mereka mendapat pekerjaan semula,” katanya. – BERNAMA

 

Tags: Bersih 4.0Perkeso
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

RUU Pekerja Gig 2025: Cuepacs Desak Perlindungan Sosial Pekerja

RUU Pekerja Gig 2025: Cuepacs Desak Perlindungan Sosial Pekerja

25/08/2025
0

SHAH ALAM - Perluasan perlindungan sosial seperti akses kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), caruman skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO),...

PERKESO Jenama Semula 4 Skim Sebagai LINDUNG

PERKESO Jenama Semula 4 Skim Sebagai LINDUNG

22/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) hari ini menjenamakan semula empat skim di bawahnya yang dikenali sebagai LINDUNG dalam langkah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd