• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penganggur Liwat Kanak-kanak Tadika Dipenjara 10 Tahun, 6 Sebatan

oleh Ahmad Albab
17/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Saya mahu tertuduh dihukum penjara selama yang mungkin, saya tidak mahu dia mengulangi perkara sama terhadap kanak-kanak lain pada masa akan datang,” rayu ibu mangsa kes liwat di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Dalam keterangan impak yang dibacakan jurubahasa mahkamah, ibu kepada anak yang berusia enam tahun yang diliwat itu berkata beliau sedih dan marah kepada tertuduh yang menyebabkan anaknya trauma dengan kejadian liwat itu.

“Anak saya juga tidak mahu balik ke rumah saya dan pengasuh” katanya.

Terdahulu, Hakim Datin M Kunasundary menjatuhi hukuman penjara 10 tahun dan enam sebatan terhadap penganggur, Adam Shafiq Malik Faisul, 29, selepas dia mengaku bersalah meliwat seorang kanak-kanak lelaki yang baru pulang dari sekolah, dua minggu lepas.

Mahkamah memerintahkan Adam Shafiq menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 5 Ogos lepas.

Lelaki itu didakwa melakukan seks luar tabii ke atas kanak-kanak tadika berusia enam tahun di sebuah unit rumah pangsa di Cheras di sini antara 1.30 tengah hari hingga 2 petang, 5 Ogos, mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dari lima tahun dan maksimum 20 tahun dan sebat.

Mengikut fakta kes, ketika kanak-kanak itu pulang dari sekolah hendak ke rumah pengasuhnya di rumah pangsa itu, tertuduh telah menarik mangsa yang baru keluar dari lif dan membawa kanak-kanak itu ke rumahnya.

Selepas meliwat mangsa, tertuduh membawa mangsa ke bilik air kerana mangsa ingin membuang air besar, kemudian tertuduh sempat memandi dan memakaikan bedak ke badan mangsa sebelum pengasuh kanak-kanak itu menjumpainya.

Timbalan Pendakwa Raya Tan Sew Ping memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap tertuduh kerana kesalahan dilakukan itu adalah serius.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu mahkamah menjatuhkan hukuman penjara yang minimun tetapi menambahkan hukuman sebatan ke atasnya dan memohon mahkamah memberinya peluang untuk memperbaiki diri. – BERNAMA

Tags: kes liwatPenjara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Teksi Sedih Anwar Dipenjarakan

Pemandu Teksi Sedih Anwar Dipenjarakan

03/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimbau kembali detik sukar yang pernah dilaluinya, tetapi golongan pemandu teksi...

“Puluhan Tahun Hambun Saya, Terlempar Dalam Penjara, Sekarang Masa Allah Takdirkan” – PMX

“Puluhan Tahun Hambun Saya, Terlempar Dalam Penjara, Sekarang Masa Allah Takdirkan” – PMX

13/06/2026
0

SEREMBAN - Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri hari ini adalah ketentuan Allah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd