• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

NRRET Tidak Siasat 1MDB!

oleh Ahmad Albab
25/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – National Revenue Recovery Enforcement Team (NRRET) bukan satu pasukan petugas khas baharu yang ditubuhkan pihak berkuasa bagi menyiasat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Jabatan Peguam Negara dalam satu kenyataan media sebaliknya berkata, NRRET cuma nama baharu kepada pasukan petugas khas yang ditubuhkan sejak tahun 2011 untuk membantu kerajaan.

Menurut Jabatan Peguam Negara, peranan utama NRRET adalah menyelaras dan mengkordinasikan tindakan penguatkuasaan bersepadu pelbagai agensi kerajaan dalam menangani isu-isu yang ditetapkan.

“NRRET ditubuhkan untuk membantu kerajaan menangani beberapa isu iaitu isu-isu berkaitan pelarian cukai individu dan korporat dan duti kastam.

“Pasukan ini juga menangani isu-isu berkaitan aktiviti penyeludupan, penyalahgunaan barangan bersubsidi, pengaliran wang keluar secara haram dan isu berkaitan rasuah yang menyebabkan perkara di atas berlaku,” kata kenyataan itu hari ini.

Jelas Jabatan Peguam Negara, NRRET turut dianggotai Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara Malaysia (BNM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

“NRRET tidak pernah terlibat dengan mana-mana siasatan melibatkan 1MDB dan syarikat-syarikat berkaitan,” jelas Jabatan Peguam Negara.

Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Datuk Akhbar Satar semalam mendakwa pengguguran SPRM daripada pasukan NRRET seolah-olah memanipulasi penyiasatan terhadap 1MDB.

Akhbar turut mempersoalkan tindakan melantik Peguam Negara mengetuai pasukan petugas khas NRRET yang kononnya ditubuhan bagi menyiasat dakwaan terhadap 1MDB. – MYNEWSHUB.CC

Tags: 1MDBNRRET
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan BN Tumbang Hasil Kesepakatan Mahathir, Anwar, Muhyiddin – DAP Johor

Kerajaan BN Tumbang Hasil Kesepakatan Mahathir, Anwar, Muhyiddin – DAP Johor

09/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali mengimbau kejayaan Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional...

Najib 1MDB Dominasi Kempen PH, BN Angkat Prestasi Kerajaan Johor

Najib 1MDB Dominasi Kempen PH, BN Angkat Prestasi Kerajaan Johor

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Memasuki beberapa hari kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, beberapa isu utama mula mendominasi ceramah dan kenyataan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd