• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

NGO Islam Bantah Adegan Filem Berpegangan Tangan

oleh Ahmad Albab
03/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dua badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan agama membantah kenyataan yang didakwa dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman berhubung isu berpegangan tangan dalam filem.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Umat Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Abdul Aziz Abd. Jalal berkata, Azalina sebagai seorang Menteri beragama Islam tidak wajar membuat komen sedemikian.

“Azalina yang menyebut bahawa isu mengenai adegan pasangan bercinta berpegangan tangan idak perlu diperbesarkan memandangkan ia sekadar lakonan yang tidak mengundang maksiat amat mendukacitakan.

“Sekiranya laporan ini benar, adalah tidak wajar bagi seorang Menteri beragama Islam membuat komen sedemikian,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Abdul Aziz berkata, IKRAM sebaliknya berharap beberapa peraturan yang telah diperkenalkan oleh pihak Lembaga Penapisan Filem (LPF) berhubung elemen seks, lucah dan kelakuan sumbang perlu dipertahankan malah ditambah baik.

Sehubungan itu, beliau meminta LPF merujuk kepada Indeks Syariah Malaysia yang telah dilancarkan oleh kerajaan pada Februari tahun ini yang telah mengganjurkan agar perjalanan kementerian dan agensinya mengambil kira Maqasid al-Syariah.

Setiausaha Agung Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Dr. Mohd. Roslan Mohd. Nor pula berkata, pihaknya bagaimanapun tidak menolak kemungkinan kenyataan Azalina itu sebenarnya telah diputar belit pihak tidak bertanggungjawab.

Namun, katanya, LPS perlu mengambil kira Garis Panduan Hiburan Dalam Islam (Edisi Kedua) yang diperakukan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali ke-107 pada 10-11 Februari 2015 sebagai dokumen garis panduan perfileman, persembahan, lakonan dan seni pentas.

“PUM meminta jasa baik Datuk Seri (Azalina) memartabatkan perfileman negara tanpa menggadai prinsip Islam dan sewajarnya memartabatkan perfileman tersebut berteraskan maqasid syariah,” katanya. – mynewshub.cc

 

Tags: Azalina OthmanFILEMIKRAMNGO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dapatkan Sumbangan Beli Tanah Untuk Kuil Haram Daripada Menyibuk Hak Muslim – Firdaus Wong

Dapatkan Sumbangan Beli Tanah Untuk Kuil Haram Daripada Menyibuk Hak Muslim – Firdaus Wong

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Pendakwah dan aktivis sosial, Firdaus Wong Wai Hung mempersoalkan mengapa Senator DAP, RA Lingeshwaran dan badan bukan...

RM306,000 Disalurkan Kepada NGO Dan Kuil Di Kulai – Teo Nie Ching

RM306,000 Disalurkan Kepada NGO Dan Kuil Di Kulai – Teo Nie Ching

08/06/2026
0

KULAI - Sebanyak RM306,000 telah disalurkan oleh Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kulai bagi menyokong pelbagai aktiviti badan bukan kerajaan (NGO)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd