• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Tinggi Akan Dengar Semula Rayuan Pemandu Teksi

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pemandu teksi yang didakwa menghantar suspek pembunuh pengasas Kumpulan Perbankan Arab-Malaysia Hussain Ahmad Najadi, mendapat satu lagi peluang untuk merayu terhadap sabitan dan hukuman penjara kerana memiliki sepucuk pistol dan lima butir peluru hidup.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Hakim Datuk Mohtarudin Baki hari ini memerintahkan Mahkamah Tinggi mendengar semula rayuan Chew Siang Chee terhadap sabitan, hukuman penjara berjumlah 14 tahun dan enam sebatan.

Rayuan Chew akan didengar di hadapan hakim Mahkamah Tinggi yang berbeza.

Terdahulu, peguam mewakili pemandu teksi itu, Hisyam Teh Poh Teik berhujah hakim Mahkamah Tinggi yang mendengar kes perbicaraan penarik kereta yang dituduh membunuh Hussain Ahmad tidak wajar mendengar rayuan anak guamnya.

Beliau berkata ini kerana hakim itu mungkin tidak akan bersikap objektif dalam membuat keputusan dalam rayuan Chew kerana beliau arif tentang fakta kes bunuh itu berikutan Chew merupakan saksi pihak pendakwaan.

Bersidang bersama-sama Mohtarudin ialah Hakim Datuk Seri Zakaria Sam dan Hakim Datuk Ahmadi Asnawi. Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin.

Mahkamah menetapkan 28 Ogos bagi sebutan rayuan itu di Mahkamah Tinggi.

Pada 4 Sept tahun lepas, Hakim Datuk Mohd Azman Husin menolak rayuan Chew terhadap sabitan dan hukuman penjara itu tetapi meminda hukuman penjara kepada berjalan serentak dan dengan itu Chew hanya perlu menjalani hukuman penjara 10 tahun sahaja.

Chew, 46, merayu ke Mahkamah Tinggi selepas Mahkamah Sesyen mendapatinya bersalah memiliki sepucuk pistol Walther dan lima butir peluru hidup di kondominium Desa Cindaimas di Jalan Kuchai Lama, pada kira-kira 5.45 petang, 3 Ogos, 2013.

Dia dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan enam sebatan bagi kesalahan memiliki pistol dan penjara empat tahun bagi kesalahan memiliki peluru.

Dia pada awalnya diperintah menjalani hukuman penjara itu secara berturut-turut berkuat kuasa dari tarikh tangkap pada 30 Julai, 2013.

Hussain Ahmad, 76, maut manakala isterinya cedera parah selepas ditembak ketika mereka keluar dari kawasan Tokong Kuan Yin di Lorong Ceylon di Kuala Lumpur pada 29 Julai, 2013. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=W-22J4aJjgQ

Tags: kes mahkamahpemandu teksi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Fadhli Shaari Ingatkan Pemandu Teksi RM1,000 Bukan Duit DAP, PH

Fadhli Shaari Ingatkan Pemandu Teksi RM1,000 Bukan Duit DAP, PH

26/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari mengingatkan bahawa bantuan RM1,000 kepada pemandu teksi bukan wang milik...

RM1,000 Kepada Pemandu Teksi Melaka Hasil Jualan Nombor Pendaftaran H RM91 Juta – Anthony Loke

RM1,000 Kepada Pemandu Teksi Melaka Hasil Jualan Nombor Pendaftaran H RM91 Juta – Anthony Loke

25/10/2026
0

MELAKA - Kerajaan Madani memberi perhatian kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana menerusi pelbagai bentuk bantuan, termasuk Sumbangan Asas Rahmah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd