• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Maut Dimasak Bersama-Sama Tuna Dalam Ketuhar

oleh Ahmad Albab
18/08/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SAN FRANCISCO – Sebuah syarikat pengeluar tuna dalam tin, Bumble Bee Foods bersetuju untuk membayar sebanyak AS$6 juta (RM24 juta) sebagai penyelesaian kepada satu tuduhan jenayah.

Ia berikutan kes kematian ngeri melibatkan salah seorang pekerjanya yang `dimasak’ dalam ketuhar di kilang syarikat itu bersama dengan bertan-tan ikan tuna, lapor media Amerika Syarikat.

Penyelesaian tersebut merupakan rekod yang terbesar dalam sejarah negeri California melibatkan kematian pekerja akibat kemalangan ketika berada di tempat kerja.

Mangsa, Jose Melena, 62; meninggal dunia tiga tahun lalu di dalam ketuhar sepanjang 10 meter ketika ia membakar menggelegak pada suhu panas setinggi 270 darjah Celsius.

Kejadian berlaku selepas seorang rakan sekerjanya menyangka Melena masih lagi berada di dalam tandas lalu terus memanaskan ketuhar yang kebetulan berisi enam tan tuna dalam tin.

Ketika itu, Melena yang juga bapa kepada enam anak dilaporkan sedang membaiki ketuhar berkenaan. Mayatnya ditemui dua jam selepas ketuhar itu dipadamkan api, disejukkan dan dibuka pintunya.

Menurut peguam daerah, Jackie Lacey, ia merupakan kematian yang amat teruk dan penah disaksikannya sepanjang mengendalikan 40 kes bunuh sadis dalam tempoh dua dekad.

“Saya rasa mana-mana individu, jika mereka terpaksa melalui kematian seumpama itu, akan memilih untuk ditembak atau ditikam berbanding dimasak perlahan-lahan dalam ketuhar.

“Anda memang keras hati jika anda tidak terjejas dengan cara kematian lelaki ini. Ia amat menakutkan,’’ katanya.

Lacey malah berkata, beliau tidak dapat membayangkan sesuatu yang lebih buruk dalam kejadian melibatkan pelanggaran keselamatan nyawa pekerja itu.

Keluarga Melena pula akan menerima sebanyak AS$1.5 juta (RM6 juta) namun ia tidak akan menghalang mereka daripada menyaman syarikat itu atau mendapat pampasan kematian. – Agensi/Mynewshub.cc

https://www.youtube.com/watch?v=xu69H9HDCrQ

Tags: ketuharlelakimaut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar, Wan Azizah Ucap Takziah, Dukacita Insiden Pelajar Sekolah Maut

PM Anwar, Wan Azizah Ucap Takziah, Dukacita Insiden Pelajar Sekolah Maut

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail melahirkan rasa...

Petronas Sahkan Tiga Pekerja Maut Dalam Insiden di FSO Sepat

Petronas Sahkan Tiga Pekerja Maut Dalam Insiden di FSO Sepat

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Petronas mengesahkan satu insiden berlaku ketika kerja-kerja penyelenggaraan bot penyelamat di Kemudahan Penyimpanan dan Pemindahan Terapung (FSO)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd