Tuesday, July 23, 2024

Creating liberating content

Berjaya Sebagai Penyanyi, Adele...

SELEPAS meraih kejayaan sebagai penyanyi, Adele dilaporkan bakal berlakon filem tidak lama lagi.Menurut...

15 Suspek Serangan Bom...

Bangkok - Polis Thailand gagal mengesan 15 suspek serangan bom di sebuah kuil...

Siti Elizad Ganti, Fathia...

PELAKON Fathia Latiff mendakwa berasa dipermainkan apabila sebuah produksi tidak membenarkannya muncul dalam...

Khalid Pengerusi Mesyuarat Exco...

SHAH ALAM - Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mempengerusikan mesyuarat Exco...

JKNMPP Bikin Pembangkang Gelisah!

KUALA LUMPUR – Parti pembangkang kelihatan gelisah berikutan pengumuman kerajaan mahu mewujudkan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) yang bakal mewajibkan setiap parti mengisytiharkan penderma-penderma mereka.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP paling lantang membantah kewujudan jawatankuasa tersebut dengan memberi pelbagai alasan untuk menghasut orang ramai supaya tidak menyokong rancangan kerajaan tersebut.

“Isu penggubalan undang-undang ini adalah satu cubaan untuk mengalihkan perhatian rakyat dari isu dana (derma) RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun Najib.

“Saya menyeru semua pihak yang terbabit supaya memboikot sebarang usaha untuk menggubal undang-undang tersebut,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

DAP sebelum ini mendakwa mereka bersedia menisytiharkan siapa penderma mereka tetapi memberi alasan kononnya identiti para penderma mereka sukar diketahui kerana menderma dengan seikhlas hati.


Isu itu timbul berikutan tindakan parti pembangkang bersungguh-sungguh mendesak Perdana Menteri supaya mengumumkan pihak yang memberi derma politik RM2.6 bilion kepadanya.

Najib bagaimanapun menegaskan beliau bersedia memenuhi permintaan tersebut dengan syarat parti-parti pembangkang turut mengisytiharkan siapa penderma mereka.

Sehubungan itu, Perdana Menteri mengumumkan pembentukan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) yang akan turut menimbang semua aspek peraturan pembiayaan politik termasuk perubahan institusi, pemantauan serta penguatkuasaaan undang-undang dan peraturan baharu.

Terdapat dakwaan parti-parti pembangkang di negara ini sebenarnya memperoleh derma politik daripada pertubuhan-pertubuhan asing yang kurang sedang dengan nilai agama di negara-negara Islam seperti Malaysia. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori