• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jemaah Diminta Ketepikan Isu Politik Negara & Tumpu Kepada Ibadah

oleh Ahmad Albab
11/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BESUT – Bakal haji diingatkan supaya mengetepikan seketika isu berkaitan politik dalam negara dan menumpukan perhatian mereka dalam menunaikan ibadah haji di Tanah Suci.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Datuk Muhammad Pehimi Yusof berkata tumpuan bakal haji perlu difokuskan kepada tujuan dan matlamat mereka ke Makkah dengan hati yang suci dan fikiran terbuka supaya ibadah haji mereka diterima Allah.

Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Jerteh berkata bakal haji juga perlu membuat persiapan teliti terutama dari segi menjaga kesihatan agar mereka tidak mengalami sebarang masalah apabila berada di tanah suci bersama jemaah lain dari dari seluruh dunia.

“Kesihatan merupakan keperluan utama yang perlu diberikan perhatian oleh setiap bakal haji kerana dengan kesihatan yang baik mereka akan dapat mengerjakan ibadat haji dengan baik dan sempurna,” katanya pada majlis meraikan bakal-bakal haji dari kawasan Dewan Undangan Negeri Jerteh di Dewan Terbuka Pejabat Penyelaras UMNO Jerteh di sini malam tadi.

Muhammad Pehimi yang juga Setiausaha Perhubungan UMNO negeri berkata mana-mana bakal haji yang sakit ketika berada di tanah suci perlu pergi mendapatkan rawatan di pusat-pusat kesihatan yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan di tanah suci dengan segera dan tidak membiarkan penyakit melarat hingga boleh membantut mereka daripada meneruskan ibadah haji.

Katanya, bakal haji juga diingatkan bahawa pemergian mereka ke tanah suci itu adalah merupakan tuntutan ibadat dan bukan sebagai melancong, apatah lagi sebagai satu peluang untuk membeli belah. – BERNAMA

 

Tags: jemaah hajipolitik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sultan Selangor Seru Orang Melayu Bersatu, Perpecahan Melemahkan Kedudukan Bangsa Di Tanah Air Sendiri

Sultan Selangor Seru Orang Melayu Bersatu, Perpecahan Melemahkan Kedudukan Bangsa Di Tanah Air Sendiri

21/05/2026
0

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah supaya orang Melayu dan umat Islam negara ini terus bersatu...

‘Gabungan Politik Macam Perkahwinan, Lima Tahun Pertama Ujian Besar’ – Amanah Pahang

‘Gabungan Politik Macam Perkahwinan, Lima Tahun Pertama Ujian Besar’ – Amanah Pahang

18/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Pahang, Mohd Fadzli Mohd Ramly menyifatkan gabungan parti politik sebagai satu hubungan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd